3 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api (Simple, Sedap & Pedas)

Siapa saja yang tidak gemar dengan makanan yang terkenal dari negeri sembilan ini ayam masak lemak cili api. Kalau mengikut resepi asal ia hanya menggunakan bahan seperti cili padi dan kunyit sahaja. Tetapi ada juga sesetengah negeri yang menggunakan bawang didalam masakan ini. Apa sahaja bahan yang digunakan menu ini sangat digemari segenap umur dan lapisan masyarakat. Kami ingin kongsikan beberapa resepi ayam masak lemak cili api untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Serai
  • Cili api (20-30biji)
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Kentang
  • Daun limau purut
  • Asam keping
  • Garam

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk.  Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
  2. Kisar cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api.
  3. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan.
  4. Masukkan kentang.
  5. Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.
  6. Siap.

Sumber: Norlailanazira Mohd Agos dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

[A] Bahan untuk dikisar

  • 15 biji cili padi
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 4 cm kunyit hidup
  • 1 cawan air

[B] Bahan untuk masak atas dapur

  • 1 atau 2 biji kentang dipotong empat
  • 2 batang serai
  • 6 ketul ayam
  • 1 pati kiub ayam
  • Sedikit daun pandan & daun limau purut (menambahkan aroma bau)
  • Gula & garam secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
  • Daun kunyit

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Kisar bahan [A]
  2. Masukkan bahan [A] kedalam periuk yang telah tersedia panas.
  3. Masukkan 2 batang serai dan biar ia mendidih.
  4. Masukkan ketulan ayam dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit daun pandan dan daun limau purut dan kentang.
  5. Masukkan 1/2 kotak santan dan biar mendidih.
  6. Letakan daun kunyit, letak garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga masak dan siap untuk dihidang.

Sumber: Kasih Nadirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Serai
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Baby chicken
  • Asam keping
  • Garam and sedikit gula

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Masukkan ayam, santan, serai yg dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk dan asam keping  kedalam periuk.
  2. Biarkan mereneh dengan api perlahan jgn sampai pecah minyak.
  3. Terakhir masukkan garam.

Sumber: Anith Natasha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika mahu resipi yang lain, boleh cuba udang masak lemak juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment