3 Resepi Kurma Ayam (Simple & Sedap, Rasa Macam Kenduri)

Lauk kurma ayam memang sedap dimakan dengan nasi putih dalam keadaan yang masih panas-panas. Selain nasi putih, ayam kurma juga popular dan sinonim dengan nasi briyani. Kalau kita Google, memang ada pelbagai resepi ayam masak kurma yang telah dioleh mengikut citarasa masing-masing.  Kami telah dapatkan beberapa resepi ayam kurma yang mendapat likes dan share yang banyak di Facebook.

Jom kita try!

1. Resepi Kurma Ayam Cili Padi

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 4 biji kentang potong 4
  • 1 labu besar bawang Holland potong 4

Bahan A (di kisar)

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Segenggam cili padi hijau

Bahan penumis

  • 1 labu bawang (di hiris)
  • Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu minyak sapi
  • Minyak masak
  • 2 bungkus kecil rempah kurma
  • 1 kotak Santan Kara
  • Garam
  • Sedikit Gula
  • Secukup rasa
  • 1 biji limau nipis(jus sahaja)

Cara buat kurma ayam cili padi

  1.  Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumiskan rempah penumis dan bawang yang dihiris.
  3.  Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kurma.
  4. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan sekejap sampai air ayam keluar.
  6. Masukkan kentang dan air, masak hingga ayam masak dan kentangnya empuk.
  7.  Masukkan santan, garam, sedikit gula, bawang holland dan secukup rasa.
  8. Didihkan sekejap, sebelum tutup api perah limau nipis.
  9.  Nak hidang tabur kan daun ketumbar.

Sumber: Norasidawati Bt. Mohamed Sidek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kurma Ayam Abah Style

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serbuk kurma
  • 4 sekawan
  • Daun ketumbar
  • Kacang badam
  • Ayam 1/2 ekor
  • Pes asam jawa
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Santan
  • Cili hijau
  • Tomato
  • Garam
  • Gula

Cara buat kurma ayam abah style

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. 4 sekawan tu jangan dilupakan dan paling penting serbuk kurma.
  2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.
  3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma.
  4. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah Kurma lebih wangi dan pekat melekat.
  5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.
  6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Bubuh ayam ½ ekor.
  7. Kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap sampai kering air ayam tadi barulah masukkan air.
  8. Masukkan pes asam jawa.
  9. Masukkan kentang dan lobak merah.
  10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan.
  11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
  12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.

Sumber: Umi Watie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kurma Ayam Mudah

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah,
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi, Cili hijau
  • Akar ketumbar

Bahan penumis

  • Setengah ekor ayam
  • Serbuk kurma
  • Santan
  • Air asam
  • Garam
  • Kicap
  • Kentang

Bahan hiasan

  • Kobis
  • Kentang

Cara buat kurma ayam

  1. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan rempah kurma dan tumis sehingga garing, dan masukkan sekali kobis putih.
  3. Masukkan air, kentang dan ayam.
  4. Air kobis dah keluar, boleh masukkan santan.
  5. Masukkan air asam dan garam.
  6. Renjiskan kicap untuk nampakkan warna kurma ayam yang cantik.
  7. Tabur daun ketumbar, cili hijau dan cili merah.
  8. Siap.

Sumber: Nurul Nadia Kamarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda. Kalau tak minat kurma ayam, boleh cuba pula resepi ayam masak merah, ayam masak kicap ataupun ayam masak lemak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment