3 Resepi Samosa (Goreng Rangup, Inti Sedap)


Ramai sebenarnya yang keliru antara samosa dengan karipap pusing. Ada perbezaan dari segi rupa dan pembuatan, samosa diperbuat daripada kulit popia dan mempunyai teknik lipatan yang tersendiri. Persamaan bagi kedua-dua kuih ini ialah inti yang diletakkan didalam kuih tersebut. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi samosa untuk anda.

1. Resepi Samosa Inti Daging  (Guna Roll-Up Wraps Gardenia)

Bahan-bahan

  • Inti – dapat 10 biji samosa
  • 4 keping daging burger ramly (hancurkan)
  • Bawang holland 1/2 biji
  • Bawang putih 1-2 ulas
  • Cili padi 1 biji
  • Daun bawang
  • Carrot 1/2 batang
  • Butter 1 sudu
  • Minyak masak 1 sudu
  • White pepper
  • Garam secubit

 

Cara buat samosa inti daging (Guna Roll-Up Wraps Gardenia)

Bahan-bahan

  1. Tumis bawangg holland, bawang putih menggunakan butter dan minyak masak.
  2. Bila dah kekuningan, masukkan daging burger yang dihancurkan tadi dan goreng sampai masak daging tersebut.
  3. Setelah daging masak, masukkan carrot, cili dan daun bawang. Perasakan dengan white pepper dan secubit garam.
  4. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Bila dah masak inti, toskan minyak agar ia tidak meleleh sewaktu kita nakletak dalam wraps nanti.
  5. Untuk lekatkan wraps, bancuh satu sudu tepung gandum likat supaya boleh dijadikan gam untuk lipat wraps .
  6. Wraps di potong 2 sahaja, kemudian lipat jadi segitiga macam kon dan gamkan bahagian cantuman tu dengan gandum yang dibancuh tadi.
  7. Isikan inti ke dalam wrap tersebut, dan gamkan di bahagian atas, boleh guna garfu untuk tekan cantumkan agar inti tidak terburai.
  8. Goreng dengan api perlahan, dan sedia dihidangkan.

Sumber: Emi Sabrina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Samosa Kentang Ayam

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang – dipotong dadu
  • 1/2 kg daging ayam – dipotong kecil.
  • 5 sb rempah kari daging – dibancuh dengan sedikit air.
  • 2 sb cili giling
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 7 biji bawang merah – tumbuk
  • 5 biji bawang putih – tumbuk
  • 2 cm halia – tumbuk
  • 3 sudu makan gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak masak

Cara buat samosa kentang ayam

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari, cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk.
  3. Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.
  4. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk.
  5. Nak bungkus, boleh pakai kulit popia saiz besar.. sekeping tu potong 3 (sama besar).. cantumkan 2 potongan kulit popia (hujung ke hujung) dengan mggunakn putih telur sebagai pelekat.
  6. Letak inti di hujung, dan lipat segitiga  sehingga ke hujung,  sapukan putih telur di bahagian hujung untuk elakkan samosa terlerai, buat hingga habis, dan goreng.

Sumber: Siti Jumiria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Inti Samosa

Bahan-bahan

  • 4 biji ubi kentang saiz sederhana ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 4 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 1 pcs kiub pati ayam
  • 1 keping setengah ayam @ daging burger
  • Serbuk lada hitam

Cara buat inti samosa

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, ketepikan dulu.
  2. Masukkan daging burger, hancurkan dan kacaukan.
  3. Campurkan bawang tadi.
  4. Masukkan kentang.
  5. Air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam.
  7. Inti dah masak dan empok, masukkan serbuk lada hitam.
  8. Siap.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi samosa kali ini dapat memberi suntikan semangat untuk anda mencuba sendiri dirumah.

Anda peminat durian crepe? Kami ada kongsikan resepi durian crepe anda disini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment