3 Resepi Durian Crepe (Cara Buat Yang Simple & Mudah)

Musim sekarang memang banyak lambakan durian. Alang-alang ada banyak durian di rumah, apa kata buat durian crepe. Kami kongsikan beberapa resepi durian crepe yang mudah dan senang untuk anda cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Durian Crepe

Bahan-bahan

  • Beberapa ulas isi durian
  • Non-dairy whipping cream
  • 1/2 cawan susu full cream*
  • 3/4 cawan air*
  • 3 sb tepung gandum*
  • 3 sb tepung ubi*
  • 1 1/2 sb tepung jagung*
  • 1 sk pewarna kuning*
  • 1 biji telur dan 1 biji kuning telur*
  • Secubit garam*
  • 1 sk esen vanila*
  • 1 sb gula halus*
  • 1 sb minyak masak*

Cara buat durian crepe

  1. Mix whipping cream sehingga kental (tidak jatuh jika terlangkupkan mangkuk)
  2. Panaskan susu full cream sehingga suam sahaja.
  3. Whisk semua bahan bertanda * sehingga sebati.
  4. Biarkan adunan crepe selama 10 minit.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, lenggang sekejap.
  6. Bila kulit dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan isi durian. Lipat dan sejukkan selama beberapa jam.

Sumber: Farah Fatin Amira Musa dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Durian Crepe 20 Biji

Bahan-bahan

  • 4 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1 sudu gula
  • 1/2 cawan susu cair
  • 200ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu esen vanila
  • Pewarna kuning

Bahan-bahan inti

  • Isi durian
  • Non-dairy whipping cream

Cara buat durian crepe

  1. Campurkan semua bahan di atas, kacau dan tapis. Kalau rasa pekat boleh tambah air.
  2. Sapu kuali dengan minyak, curahkan adunan dan masak.
  3. Biarkan dalam beberapa minit sehingga nampak tepung masak.
  4. Mix whipping cream sehingga kental.
  5. Masukkan whipping cream dan isi durian di atas crepe, dan boleh lipatkan.

Sumber: Intan Izzet dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Durian Crepe Simple

Bahan-bahan

  • 100g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A
  • 1 tin susu cair
  • 1 sk esen vanila
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning
  • 1/2 cawan air (bergantung pada kepekatan adunan)

Bahan-bahan inti

Cara buat durian crepe

  1. Campur semua bahan dan putar menggunakan mixer atau blender.
  2. Tapiskan adunan.
  3. Guna kuali non stick untuk masak crepe, dan masak seperti biasa.
  4. Mix whipping cream sehingga kental.
  5. Letak whipping cream dan isi ke durian di atas crepe. Lipat dan sejukkan sebelum dimakan.

Sumber: Nish Aziz dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja rupanya untuk buat durian crepe yang sedap ini. Buat sendiri lebih jimat, dan boleh letak inti sebanyak mana yang kita mahukan. Terpulang kepada anda samada mahu guna sukatan cawan atau tidak.

Kalau ada durian lebih, boleh cuba buat serawa durian atau bubur kacang hijau durian pula.

Terakhir, kami juga ada kongsikan resepi cheesekut jika anda ingin membuat pencuci mulut yang sedap.

Apa pun, jangan lupa cuba resepi durian crepe ini!

Selamat mencuba!

1 thought on “3 Resepi Durian Crepe (Cara Buat Yang Simple & Mudah)”

Leave a Comment