3 Resepi Bubur Kacang Hijau Durian (Simple & Sedap)

Musim durian, ramai yang akan buat serawa durian. Tidak dilupakan, bubur kacang hijau durian juga. Bubur kacang hijau ini adalah antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Bertambah sedap lagi jika dimakan bersama dengan durian. Kali ini kami kongsikan beberapa resepi bubur kacang hijau durian untuk anda.

1. Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Bahan-bahan

  • 1cawan kacang hijau(cuci dan toskan)
  • 1 cawan gula perang – boleh lebihkan atau kurangkan
  • 2 helai daun pandan( dicarik dan disimpul)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 ulas durian – optional
  • 1 sudu garam

Cara buat bubur kacang hijau durian

  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang. Masukkan daun pandan, gula perang dan durian. Kacau dan masak sehingga mendidih. Tambah air sekiranya perlu.
  2. Tuang santan, letak garam sedikit untuk melemakkn bubur. Jika suka manis, tambahkan gula.
  3. Kalau rasa pekat sangat bubur kacang , boleh tambah sedikit air. Masak sekejap dan siap dihidang.

Sumber: Mia Zareef Afiq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi  Mudah Bubur Kacang Hijau Campur Durian

Bahan-bahan

  • Kacang hijau 500g
  • Durian 2 biji kecil
  • Santan sebiji kelapa
  • Gula melaka sebiji
  • Gula pasor 6 sudu
  • Daun pandan 2 helai
  • Garam secubit

Cara buat bubur kacang hijau campur durian

  1. Mula-mula rebus kacang hijau sehingga empuk. Bila dia dah cukup kembang dan empuk, buang sedikit air rebusan sekiranya banyak sangat.
  2. Selepas itu, tambahkan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, secubit garam dan durian.
  3. Masak sehingga betul-betul sebati bahannya. Kalau rasa kurang air boleh tambah. Siap boleh tutup api dan makan.

Sumber: Norlinda Saim dari Masak Apa Hari Ni

 

3.  Resepi Bubur Kacang Hijau (Durian & Sagu)

Bahan bubur kacang hijau

  • 1/2 kg kacang hijau
  • 2 keping gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air
  • 3-4 cawan santan
  • 3 ulas durian – pilihan
  • 1 sudu besar garam

Cara buat bubur kacang hijau durian & sagu

  1. Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.
  2. Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam kuali dengan api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.
  3. Dalam periuk lain, masak air dengan air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk.
  4. Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.
  5. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.
  6. Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yang jernih ke dalam kuah bubur. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.

Sumber: Nurnaema Naema dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat bubur kacang hijau ini. Jika anda ikut resepi yang kami kongsikan ini, pasti jadi bubur kacang hijau anda. Sebagai alternatif, jika anda tak suka kacang hijau, boleh cuba bubur jagung pula.

Dan jika mahu lebih cabaran, boleh cuba resepi durian crepe.

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment