3 Resepi Air Asam (Cara Buat & Masak Untuk Ikan Bakar)

Air asam enak dimakan dengan pelbagai lauk pauk yang ada seperti ikan cencaru, sotong dan pelbagai lagi. Sebenarnya pelbagai jenis resepi air asam yang ada telah diolah mengikut citarasa masing-masing. Paling penting lagi masam air kuah tersebut lagi memikat selera anda.

Kali ini kami nak kongsikan beberapa resepi air asam untuk anda.

1. Resepi Air Asam Ikan Rebus @ Kukus

Bahan-bahan

  • Ikan kukus
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Cili api
  • Air limau nipis
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Belacan (optional)

Cara buat air asam ikan rebus

  1. Ikan kukus dalam 10 minit.
  2. Bawang holland separuh di ptong dadu, tomato sebiji di potong dadu ,cili api setakat mana mahu, dan air limau nipis.
  3. Asam jawa + air suam + gula 1 sudu setengah + garam 1 sudu kecil + belacan(optional) + secukup rasa 1 sudu kecil, kacau agak-agak tidak cair dan tidak terlalu pekat.
  4. Kemudian msukkan bahan hiris dan tuang air asam, penyek-penyekkan.
  5. Biarkan selama 10-20minit baru sedap untuk di makan bila rasanya dah sebati.

Sumber: Yatie Yuyue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Asam Sedap

Bahan-bahan

Bahan A : dihiris/dipotong

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 10 biji cili api
  • 1 biji cabai besar merah
  • 1 biji cabai besar merah

Bahan B : dikisar

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 7 biji cili api
  • 1 1/2 inci belacan
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar -perahan limau kasturi
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit perasa ajinomoto

Bahan lain

  • 2 sudu besar kerisik

Cara buat air asam sedap

  1. Bahan yang dihiris letak di dalam bekas atau mangkuk yang sesuai.
  2. Kisar hancur bahan B, terus tuang ke dalam bahan A yang dihiris tadi.
  3. Tambah kerisik gaul hingga sekata, rasa dahulu jika ada yang kurang tambah sesedap dan secukup rasa ikut selera anda.
  4. Dihidang bersama dengan ikan bakar.

 

Sumber: Julia ALeen Aireish dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Air Asam Kerisik

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili padi
  • Limau kasturi

Bahan lain

  • Kerisik
  • Belacan bakar secubit
  • Garam sikit
  • Gula sikit
  • Asam jawa segenggam + air masak

Cara buat air asam sedap

  1.  Masukkan air asam jawa, kerisik, garam, gula dan gaul sebati.
  2.  Masukkan bahan hiris dan siap.

Sumber: Burger Meleleh BP dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Terliur kan. Apa lagi jangan lupa resepi yang cukup mudah ini dirumah. Nak dapatkan resepi kuah pencicah yang lain?

Ada banyak lagi ikan yang boleh dicicah dengan air asam untuk ikan bakar seperti kembung, cencaru dan pari.

Selamat mencuba!

Leave a Comment