3 Resepi Ikan Bakar (Masakan Ikan Kembong, Cencaru, Pari)

Ikan bakar antara resepi masakan yang mudah untuk dimasak. Bahan perapan ikan bakar pun anda boleh sediakan ikut cara tersendiri. Baru sebut ikan bakar dah terliur kan? Jom kami kongsikan beberapa resepi ikan bakar yang senang dan lazat untuk anda.

1. Resepi Ikan Kembong  Bakar Goreng

Bahan-bahan pada ikan kembong bakar

  • Ikan kembung
  • Kunyit
  • Garam

Bahan-bahan perapan

  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili Padi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kunyit
  • Kicap manis
  • Serbuk lada hitam/putih

Cara buat ikan bakar

  1. Bersihkan ikan kembong terlebih dahulu.
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak ikan kembung.
  3. Tumbuk bawang putih, halia, cili padi, garam, gula, serbuk perasa dan kunyit. Tumbuk sampai lumat,selepas itu masukkan kicap manis, serbuk lada putih/hitam dan sedikit minyak.
  4. Lumurkan bahan tumbuk tadi pada ikan yang telah digoreng separuh masak.
  5. Boleh bakar ikan tersebut atas kuali, air fryer atau oven.

Sumber:  Syahirah Sidek dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ikan Pari Bakar Marvellous

Bahan-bahan ikan pari bakar

  • 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
  • 2 biji bawang besar
  •  3 ulas bawang putih
  •  10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut (mayang halus)
  • Daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah)
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara buat ikan bakar pari

  1. Cuci bersih ikan pari.
  2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi
  3. Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Selepas itu masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Sambal dah siap.
  5. Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Kemudian ambil sambal letak sedikit atas daun pisang.
  6. Letak ikan selepas itu letak lagi sambal, dan balut, langkah akhir bakar sampai ikan masak. Boleh bakar guna oven atau guna kuali pemanggang ajaib.

Sumber: Erma Azizie dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ikan Cencaru Bakar

Bahan-bahan ikan cencaru bakar

  • Ikan cencaru yang dibelah
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 bji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 2 senduk cili kisar
  • Air asam
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula melaka

Cara buat ikan bakar cencaru

  1. Racik halus semua bahan.
  2. Kisar bahan smpai halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
  4. Setelah garing masukkan air asam dan perisa kan dengan garam gula serta serbuk ajinomoto.
  5. Curahkan sambal ke atas ikan cencaru dan bakar ikan sampai masak.

Sumber: Zila Zainudin dari Masak Apa Hari Ni

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi ikan bakar dari kami, jangan lupa cuba menu ini di rumah. Jom baca resepi yang lain.

Leave a Comment