3 Resepi Bihun Sup (Ada Chinese Style & Bihun Sup Utara)

Bihun sup jika dimakan waktu cuaca panas mahupun sejuk-sejuk memang boleh menambahkan selera. Paling menarik pelbagai juadah sampingan dihidangkan bersama bihun sup. Jom kami kongsikan resepi bihun sup dalam pelbagai versi untuk anda cuba.

1. Resepi Bihun Sup Utagha

Bahan-bahan

  • Tulang/daging @ ayam (terpulang kepada citarasa anda)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Kulit kayu manis*
  • Bunga lawang*
  • Buah pelaga*
  • Bunga cengkih*
  • Serai dititik*
  • Daun pandan *
  • Lada hitam*
  • Serbuk sup
  • Garam/perasa secukupnya

Cara-cara buat sup utagha

  1. Rebuskan daging/tulang sehingga empuk.
  2.  Tumiskan semua bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging/tulang serta air rebusannya.
  4. Masukkan serbuk sup, daun sup dan daun bawang.
  5. Perasakan dengan garam/perasa secukupnya.
  6. Sup sedia dihidang bersama bihun/mee/kuetiaw mengikut citarasa anda.

Resepi Cabai Kicap

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Air limau/cuka

Cara-cara buat cabai kicap

  1. Kisar kesemuanya.
  2.  Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dikisar. Masak sehingga pekat. Perasakan garam/gula sekucupnya.

Resepi Cabai Merah

  • Cili kering kisar
  • Serbuk cili
  • Sos cili
  • Gula/Garam
  • Air asam jawa/limau

Cara-cara buat cabai merah

  1.  Panaskan minyak, tumis cili kering kisar sehingga naik minyak.
  2.  Masukkan air sedikit, tambah serbuk cili,  sos cili dan air asam jawa.
  3.  Masukkan garam gula secukupnya.
  4.  Masak sehingga sambal naik minyak.

Resepi Bihun Sup Utagha

  1. Rendam dengan sedikit serbuk kunyit. Rebus sehingga bihun lembut. Toskan.
  2. Bihun sup utagha sedia dihidang

Sumber: Norshuhada Samsuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bihun Sup Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1 labu bawang putih ( cincang @ potong dadu)
  • Bebola
  • Udang
  • Sayur sawi
  • Carrot
  • Bihun

Cara-cara buat bihun sup Chinese style

  1. Goreng bawang putih hngga kekuningan..
  2. Didihkn air dan msokkn bawang putih yang digorengkan tadi
  3. Simpan sedikit
  4. Air dah mendidih masukkan perasa cukup rasa
  5. Masukkan sawi, bebola, carrot dan udang
  6. Biarkn mesra sekejap
  7. Siap dan boleh dihidang.

Resepi  lada kicap

  1. Lada
  2. Kicap
  3. Cuka
  4. Gula
  5. Garam

Sumber: Fieza Sofea dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bihun Sup Mudah ala Bihun PAMA

Bahan-bahan

  • 2.5liter air
  • 1/4 cawan minyak
  • 8 biji bawang putih dipotong dadu
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 setengah sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2-3 ketul isi ayam
  • Tulang ayam
  • Serbuk chili flakes untuk bagi pedas
  • Sayur sawi / pak choy celur sekejap
  • Fish ball, chicken ball, fish cake
  • Daun bawang

Cara-cara buat bihun sup mudah ala PAMA

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2.  Masukkan isi dan tulang ayam.
  3.  Masukkan air, gula, garam, dan kiub.
  4.  Rasa dulu, kalau kurang masin boleh tambah garam
  5. Masukkan fish ball, fishcake.

Cara hidang

  1. Masukkan bihun, kuah, sayur, isi ayam yg dicarik-carik. Fish ball/fishcake.
  2. Tabur sedikit chili flakes.
  3. Untuk rasa macam bihun pama, jangan tambah cabai kicap, cabai jeruk nanti boleh hilang rasa PAMA.

Sumber: Umairah Al-Madani dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk mencuba resepi bihun sup Chinese style dan juga bihun sup utara ini. Semoga resepi mihun kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment