4 Resepi Ayam Bakar Madu (Boleh Guna Air Fryer Juga)


Teringat ayam bakar madu di pasar malam? Jom buat sendiri. Kami kongsikan beberapa resepi ayam bakar madu untuk anda yang memang sedap!

1. Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan

  • 20 ketul ayam saiz sederhana
  • 2 sudu besar serbuk cili Baba’s
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar cukup rasa
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • 2 sudu besar madu

Cara buat ayam bakar madu

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas bertutup kecuali ayam.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam bekas. Gaul dan perap selama 4 jam.
  4. Keluarkan ayam dan bakar di dalam pemanggang sehingga masak sekata menggunakan api perlahan.

Sumber: Nieza Rahim dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Ayam Bakar Madu Air Fryer

Bahan-bahan

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Halia
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Madu

Cara buat ayam bakar madu

  1. Kisar atau tumbuk halia dan bawang.
  2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  3. Gaulkan pada ayam dan perap. Lebih lama lebih sedap.
  4. Bakar dalam air fryer pada suhu 180°c selama 15 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi pada 10 minit.

Sumber: Sazwani Shuib dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan

  • Madu
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Sos bbq
  • Sos manis ABC
  • Kicap kipas udang
  • Serbuk cili / paprika
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu minyak jagung / mentega

Cara buat ayam bakar madu

  1. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Gaulkan semua bahan dan perap ayam.
  3. Panaskan oven pada suhu 250°c selama 15 minit. Masukkan ayam dan tukar suhu pada 170°c. Bakar selama 30 minit dan angkat ayam, salutkan semula dengan bahan perapan dan sambung bakar lagi 15 minit.

Sumber: Tujuh Warna Pelangi dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Ayam Bakar Madu Simple

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Serbuk Cili Baba’s
  • Garam
  • Gula dan madu
  • Serbuk perasa

Cara buat ayam bakar madu

  1. Gaul semua bahan menjadi pes dan perapkan ayam.
  2. Perapkan selama 5-6 jam.
  3. Bakar separa masak dan celupkan semula dalam perapan tadi. Ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering.

Sumber: Warung Mak Dara dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Menyelerakan betul resepi ayam bakar madu ini, jangan lupa cuba ya!

Jika anda ingin mencuba resepi ayam yang lain juga, jemput tengok resepi yang kami ada kongsikan.

Leave a Comment