4 Resepi Fettuccine Carbonara (Simple & Sedap)

Kita selalu nak masak menu western mesti terfikir spaghetti bolognese atau lasagna sahaja. Kadang-kadang anak-anak pun makan tak habis. Apa kata cuba masak resepi Fettuccine Carbonara yang boleh dipelbagaikan bahannya.

Jom kita try!

1. Resepi Fettuccine Carbonara Meatball

Bahan-Bahan

  • Fettuccine
  • Prego carbonara
  • Meatball
  • Cendawan tin*
  • Bawang putih cincang*
  • Bawang besar cincang*
  • Susu full cream
  • Lada hitam
  • Garam
  • Daun parsley

Cara Buat Fetuccini Carbonara Meatball

  1. Gorengkan meatball terlebih dahulu dan asingkan
  2. Tumiskan bahan-bahan yang diletakkan *
  3. Kemudian masukkan Prego carbonara
  4. Masukkan susu
  5. Tambahkan air sedikit
  6. Letakkan sedikit garam dan lada hitam
  7. Masukkan meatball yang dah digoreng tadi
  8. Siap dan dan taburkan daun parsley

Sumber : Mohamad Marwan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Fettuccine Carbonara

Bahan-bahan

  • Fettuccine San Remo
  • Whipping Cream (Guna cooking cream pun boleh. Susu sejat pun boleh)
  • Bawang putih 5 ulas (hiris)
  • Bawang besar sedikit (hiris dadu)
  • 2 tangkai daun kari
  • Buttercup
  • 4 ekor udang (lebih pun tak apa)
  • Chili Flakes
  • Serbuk Lada Hitam
  • Rempah (Oregano + Basil + Parsley + Rosemary)
  • 1 kiub pati ayam Knorr

Cara Rebus Fetuccini

  1. Panaskan air hingga mendidih.
  2. Masukkan Fettuccine. (agak-agak berapa banyak kalau terlebih simpan dalam peti sejuk).
  3. Rebus Fettuccine selama 10 minit.
  4. Kacau selalu supaya Fettuccine tak melekat.
  5. Toskan dan alirkan air sejuk dan toskan semula.

Cara Buat Kuah Fetuccini Carbonara

  1. Panaskan buttercup dan goreng udang dan angkat.
  2.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan daun kari.
  4. Masukkan chili flakes
  5. Masukkan whipping cream
  6. Masukkan serbuk lada hitam dan rempah
  7. Masukkan kiub pati ayam knorr
  8. Masukkan udang yang dah digoreng dan sedia untuk dihidang.

Nota : Resepi ni tak perlu garam sebab kiub pati ayam tu dah rasa masin. Tapi kalau tak berapa masin boleh masukkan garam

Sumber : Jauhari Zazul dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Fettuccine Meatball Carbonara

Bahan-bahan

  • 1 bungkus pasta Fettucini
  • Butter
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 1 biji lada benggala (potong dadu)
  • Cendawan
  • Meatball (goreng dulu & toskan)
  • 1 tin susu cair
  • 3 cawan air (ikut kepekatan disukai)
  • Keju
  • 1 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit pada hitam (ikut kepedasan disukai)
  • Sedikit oregano & parsley kering
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Perasa

Cara buat Fetuccini Meatball Carbonara

  1. Rebus pasta kedalam air yang mendidih bersama sedikit garam hingga lembut. Toskan & gaul dengan butter atau minyak zaiton.
  2. Tumiskan bawang putih & bawang holland hingga kekuningan. Masukkan meatball, lada benggala oregano & lada hitam, kacau seketika.
  3. Masukkan susu cair, air, keju, perasakan garam, sedikit gula, dan perasa secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau lagi hingga mendidih & masukkan cendawan serta Parsley kering. Sedia untuk dihidang bersama pasta.
  5. Jika menggunakan cendawan tin, boleh masukkan diawal tadi bersama lada benggala.

Sumber : Siti Shafinnatul Aierran dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Fettuccine Carbonara Prego Simple

Bahan-bahan

  • Separuh fettuccine
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/4 biji bawang besar
  • Sosej
  • Sebotol sos carbonara (Prego)
  • Air
  • 1 potongan cheese
  • Secukup rasa
  • Minyak

Cara nak buat Fettuccine Carbonara Prego Simple

  1. Rebuskan fettuccine bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih dan bawang sehingga naik bau.
  4. Masukkan sosej.
  5. Kacau sebentar.
  6. Masukkan sos carbonara.
  7. Tambah air secukupnya.
  8. Perasakan dengan sedikit garam.
  9. Masukkan secukup rasa.
  10. Kacau sebentar.
  11. Tambahkan cheese.
  12. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsia resepi fetuccine carbonara ini akan memudahkan urusan masak-memasak anda di dapur.

Banyak lagi resepi western food yang anda boleh cuba.

Antaranya ialah onion ring, spiral goreng, macaroni cheese dan cinnamon roll.

Selamat mencuba!

Leave a Comment