4 Resepi Onion Ring (Ala A&W, Rangup Dan Spicy)

Jika anda memesan  di restoran makanan segera pasti akan ada onion ring di dalam set. Memang sedap dan rangup rasanya. Apakata kali ini anda sendiri yang cuba buat onion ring ini dirumah. Jom kami kongsikan resepi onion ring yang cukup rangup ini.

Jom kita try!

1. Resepi Onion Ring Ala Ala A&W

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung kentang
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu serbuk bawang putih
  • 2 sudu serbuk bawang merah
  • 2 sudu chilli powder
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1/2 – 1 cawan Air sejuk untuk bancuhan
  • 2 biji Bawang holland potong bulat.
  • 1 cawan Breadcrumb

Cara buat Onion Ring Ala Ala  A&W

  1. Satukan kesemua bahan bersama air sejuk jangan terlalu pekat.
  2. Celup bawang kedalam bancuhan tepung dan celup pada bredcrumb dan goreng hingga garing.
    # cara yang sama jika nak simpan frozen.

Sumber: Farah Diba dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Onion Ring Cheese

5-6 orang makan

Bahan-bahan

  • Bawang Holand 3-4 biji potong bulat
  • Cheese chedar 6 keping hiris nipis
  • Telur 2 biji
  • Tepung 1 cawan
  • Serbuk Roti
  • Minyak untuk goreng

Cara buat Onion Ring Cheese

  1. Letak cheese dalam bawang tu selepas itu dabkan bawang dalam tepung gandum
  2. Dan celup, ratakan dalam telur, angkat masukkan dalam serbuk roti, lekatkan dengan serbuk roti.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga perang.

Sumber: Nohani Derahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Onion Ring 3 Bahan

Bahan-bahan

  • Bawang Holland (hiris bulat)
  • Serbuk roti
  • Tepung bonchef spicy (bancuh pekat)

Cara buat Onion Ring 3 Bahan

  1. Celupkan bawang dalam tepung.
  2. Goreng, angkat dan siap.

Sumber: Suraya Anida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Onion Ring

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Serbuk roti
  • Air secukupnya
  • Tepung Bestari
    (Kalau suka pedas , beli yang pedas tu)
    (Kalau tak suka pedas , beli yang original)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Onion Ring

  1. Bancuh tepung bestari dengan air, bancuh macam nak buat lempeng.
  2. Potong bulat-bulat bawang holland, masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari.
  3. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang yang disalut dengan tepung ke dalam serbuk roti, salutkan sampai semua bahagian kena serbuk roti , masuk satu-satu ye jangan masuk banyak-banyak.
  5. Dah siap boleh laa goreng pastikan minyak betul panas baru goreng nanti takut berminyak sangat goreng api perlahan dan sekejap nanti hangus. Siap.

Sumber: Nad Nouyu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sungguh menyelerakan betul, rugi jiak tak cuba resepi ini, jimat dan puas hati!

Jom baca resepi cucur bawang yang rangup ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment