4 Resepi Serunding Daging (Complicated Tapi Hasil Berbaloi)

Serunding daging memang enak dimakan dengan pelbagai juadah utama, antaranya ialah ketupat ataupun pulut. Walaupun pembuatan serunding ini agak melecehkan tetapi hasilnya sangat berbaloi. Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi serunding daging.

Jom kita try!

1. Resepi Serunding Daging Maklong Idah

Bahan-bahan

  • 1 kilo daging (rebus hingga empuk dan siat halus)
  • 6 batang serai
  •  4 biji bawang besar @ 15 biji bawang merah kecil.
  • 1 labu bawang putih
  • 20 tangkai lada kering (kalau nak pedas sikit tambah lagi 5 tangkai lada kering)
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit halia
  • Garam lebih kurang 3 1/2 sudu kfc (secukup rasa)
  • Gula pasir lebih kurang 11 sudu besar (secukup rasa)
  • Serbuk perasa jika suka…
  • 2 biji kelapa (santan) @ sekilo santan

Cara buat Serunding Daging Maklong Idah

  1. Kisar semua di atas, masukkan dalam kuali bersama santan dan daging yang telah disiat.
  2. Masak dan kacau hingga kering. Tidak perlu tumis, garam dan gula secukupnya.

Sumber: Sifu Aya Maria Fathil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Serunding Daging Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 kg daging (direbus hingga empuk dan dicarik)
  • 1 bji bwang besar
  • 5 bji bwang merah kecil
  • 3 ulas bwng putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup/serbuk
  • 1 sudu jintan manis (disangai)
  • 1 sudu bji ketumbar (disangai)
  • 3btg serai
    Bahan diatas ni diblend atau tumbuk hancur
  • Cili kering ikut pedas
  • Santan pekat

Cara buat Serunding Daging Kelantan

  1. Tumis bahan yang diblend hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar, gaul sebati hingga cili masak.
  3. Letak daging yang dicarik tadi, letak santan, gaul sentiasa, letak garam dan perasa.
  4. Masak hingga kering. Siap.

Sumber: Noor Layla dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Serunding Daging Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • 1 kilo daging lembu dicuci bersih direbus bersama 2 sudu makan serbuk kari daging serta sedikit garam sehingga daging empuk
  • Toskan dan carikkan isinya
  • Simpan air rebusan daging untuk memasak serunding

Bahan2 ( di kisar halus )

  • 10 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 4 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Cili kering

Bahan2 tumbuk:

  • 40 gram biji ketumbar, 10 gram jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus )
  • 2 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Serunding Daging Tanpa Santan

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging yang telah dicarik tadi, kacau rata, masukkan air rebusan daging, asam keping, kacau lagi.
  3. Perasakan garam dan gula, kacau lagi sehingga mendidih, guna api sedang.
  4. Apabila hampir kering, kecilkan api, kacau sentiasa supaya serunding tidak hangus.
  5. Masak lagi sehingga serunding betul kering dan ringan, tutup api.
  6. Resepi ini boleh dipelbagaikan,boleh guna isi ayam, isi ikan dan ikan bilis.
  7. Proses memasak dan mengeringkan serunding meroses memasak dan mengeringkan serunding mengambil masa selama 4 jam lebih, serunding hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak hangit.

Sumber: Nawar Azhar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Serunding Daging Johor

Bahan-bahan

  • 2 kg daging lembu fresh
  • 4 biji pati santan
  • 1/2 kg bwg kecil*
  • 1 labu bawang putih*
  • 1 cwn ketumbar
  • 1″ halia*
  • 1 sdm jintan halus (optional)*
  • 50 tangkai cili kering
  • 11/2 ketul gula melaka (nise)
  • Garam secukup rasa

Cara buat Serunding Daging Johor

  1. Rebus daging sampai empuk kemudian sejukkan.
  2. Tumbuk daging dalam lesung batu kemudian carikkan isi daging sampai halus.
  3. Sementara itu blend ramuan yg bertanda (*) sampai halus.
  4. Sediakan kuali kemudian satukan isi daging+santan+ramuan blend+gula melaka.
  5. Sesuaikan rasa masin dan manisnya kemudian masaklah sampai kering.
  6. Apabila sudah mula kering padamkan api kemudian keringkan sedikit demi sedikit guna oven sehingga selesai. Perlu di ingat proses pengeringan menggunakan kuali memakan masa yang lama. Jika nak cepat boleh guna oven.

Sumber: Fiza Mh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda rasa sedikit melecehkan untuk membuat resepi ini, tidak perlu risau, boleh dapatkan di kedai sahaja.

Mencari resepi mudah yang berasaskan daging? Jom lihat resepi resepi daging blackpepper ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment