4 Resepi Sambal Belacan (Pedas, Sedap dan Mudah)

Orang melayu dengan sambal belacan memang tak dapat dipisahkan. Tak sah makan tiada sambal belacan, tak lengkap rasanya. Lagi pedas lagi terangkat nikmatnya kan? Untuk penggemar makanan pedas, kali ini khas untuk anda kami kongsikan resepi sambal belacan yang mudah ini.

1. Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Tomato,
  • Cili api (merah/hijau),
  • Lada merah,
  • Belacan.
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak masak

Cara buat Sambal Belacan

  1. Tumis bahan dan tambah garam/gula dgn minyak masak hingga layu.
  2. Selepas itu blend bahan tersebut jangan sampai hancur.
  3. Masukkan balik bahan blend dalam kuali dan masak semula.
  4. Letak minyak masak sikit. Selepas itu masak hingga pecah minyak dan tambah jus limau sikit. Siap.

Sumber: Siti Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Belacan Siam

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk cili padi merah
  • 1/2 mangkuk cili padi hijau
  • 1 labu bawang putih ***
  • 1 labu bawang besar holland ***
  • 1 inci belacan ***
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5- 6 sdb besar cuka makan
  • Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
  • Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.

Cara buat Sambal Belacan Siam

  1. Bakar bahan yang bertanda ***.
  2. Kemudian blend kesemua bahan yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
  3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan nampak berkilat.
  4. Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yg digoreng beserta ulam.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Belacan Padu

Bahan-bahan

  • 10 biji cili merah
  • 10biji cili api hijau
  • 10 biji cili api merah
  • 11/2 sd belacan bakar
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1sdk garam

Cara buat Sambal Belacan Siam

  1. Tumbuk cili, belacan dan garam jangan sampai halus sangat.
  2.  Tambah air asam jawa dan garam gaul sebati.
  3. Suka buat banyak dan simpan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais.

Sumber: Anggerik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Belacan Tomato Jawa

Bahan-bahan

  • 5 btg cili merah
  • 10 btg cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 tomato merah ranum saya guna tomato ceri 6 biji
  • 1 ruas jari belacan
  • 1sdk gula saya guna brown sugar  (optional)
  • Sedikit garam

Cara buat Sambal Belacan Tomato Jawa

  1. Semua bahan dipotong kemudian ditumis dalam kuali sehingga agak layu.
  2. Angkat dan dilenyek dalam lesung.
  3. Akhir tambah jus limau nipis sebiji.
  4. Siap.
  5. Selalunya sambal ini tidak ditumbuk tetapi dilenyek di dalam lesung khas.

Sumber: Makcik Ratu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliurkan dengan resepi ini!. Rugi tak cuba.

Jom baca resepi sambal ayam penyet pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment