4 Resepi Roti Sosej Simple (Cheese Gulung & Mayonis)

Jika pergi ke bakery shop pasti roti sosej yang menjadi pilihan kan? Bukan yang dewasa je minat, malahan kanak-kanak pun sama. Paling best bila sos yang banyak disalut di atas roti sosej tersebut. Kali ini kami ingin kongsikan resepi roti sosej untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Roti Sosej Ala-Ala Kedai Kek

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sd besar yis
  • 1 sd besar majerin
  • * 3/4 cwn air panas
  • *1 sd besar gula
  • * 1/3 sd kecil garam
  • *1 sd besar susu pekat
  • Bertanda * (( kena bancuh))

Sos

  • Mayonis

Cara buat Roti Sosej Ala-Ala Kedai Kek

  1. Bahan * campur dengan campuran tepung.
  2. Masukkan bahan * sedikit demi sedikit.
  3. Uli dalam 3-5 minit sampai tak lekat kat tangan.
  4. Tutup dohh guna tisu biarkan selama 15-20minit.
  5. Uli balik doh buang angin.
  6. Bahagikan doh kepada 9 bahagian atau lebih.
  7. Leperkan doh balut sosej.
  8. Bentukkan bunga atau apa-apa stail.
  9. Sapukan majerin pada loyang.
  10. Doh yang dah siap dibentuk, letakkan sos dan mayonis biarkan 15-20minit sebelum bakar.
  11.  Bakar pada suhu 180 °c selama 15- 20minit.) (Ikut panas oven)

Sumber: Ainyy Nasriman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Roti Sosej/Mini Pizza

Bahan-bahan

  • 300gm tepung hp/roti
  • 150mlnair sejuk
  • 2 sudu susu pekat
  • 1/2sdk garam
  • 1 sdb mauripan
  • 2sdk RFB
  • 50gm gula
  • 50gm marjerin
  • 1 kuning telur

Cara buat Roti Sosej/Mini Pizza

  1. Masuk bahan cecair, garam dan gula dalam breadmaker (bm) diikuti tepung, mauripan, rfb dan uli sampai elastik 30minit.
  2. Dah siap uli perap 30-40minit tumbuk buang angin dan bentukkan dan perap lagi 1jam.
  3. Dah naik doh boleh letak sosej/cran stick dan pipe kan sos dan mayonis serta cheese/
  4. Biar 5minit dan bakar dalam oven yang dipanaskan 10min dengan suhu 160 selama 20min. Siap!

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Roti Sosej Kukus

Bahan-bahan

  • Roti sosej
  • Sosej
  • Mayonis
  • Slice cheese

Cara buat Roti Sosej Kukus

  1. Roti sosej potong ditengah, jangan putuskan roti.
  2. Roti sapu mayonis, letak sosej, letak slice cheese.
  3. Kukus lebih kurang 3-5min.

Info

  • *Sosej terus dikeluarkan dari freezer tak perlu dinyahbekukan sebab nanti bila dah kukus sosej akan lembut.
  • *Slice cheese boleh potong dua untuk sekeping.
  • *Panaskan air kukusan sebelum kukus.
  • *Bila dah siap kukus roti angkat dari kukusan dan boleh di drizlekan dengan sebarang sos, contoh sos cili, tomato dan sebagainya.

Sumber: Yati Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Roti Prata Sosej

Bahan-bahan

  • Roti paratha
  • Sosej
  • Cheese keping
  • Kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)

Cara buat Roti Prata Sosej

  1. Sekeping roti prata dipotong 8. Cheese pun potong 8
  2. Letakkan cheese dan sosej selepas itu gulung.
  3. Sapukan kuning telur.
  4. Bakar dengan airfryer (AF)  pada suhu 180c selama 5-10minit.

Sumber: NormaisAra Abdul Wahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi roti sosej ini. Rugi tak cuba!

Inginkan resepi roti lagi? Jom baca resepi roti croissant ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment