4 Resepi Roti Croissant (Pelbagai Menu Yang Mudah dan Sihat)

Jika anda peminat roti croissant, resepi kali ini kami sediakan khas untuk anda. Resepi roti croissant ini boleh dibuat dalam pelbagai versi jika anda seorang yang kreatif. Jom baca sampai habis resepi ini.

1. Resepi Roti Ayam/Croissant Bread Inti Ayam

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Mayonise
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland cincang
  • Perahan asam limau nipis/lemon
  • Garam

Cara buat Croissant Bread Inti Ayam

  1. Ayam direbus dengan bawang putih+halia,  dah rebus, tumbuk atau guna food processor untuk hancurkan, campur bahan lain sesedap rasa.
  2. Untuk salad, terpulang. boleh guna salad hijau/ungu, timun jepun, tomato.

Sumber: Effa Ummu Fateh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sandwich Roti Croissant Telur Rebus

Bahan-bahan

  • 5 biji telur rebus (dihancur)
  • 1 biji bawang holland (didadu kecil)
  • 1 biji timun (dibuang tengah dan dadu kecil)
  • 1 cawan cheezy mayonis
  • 1 sudu besar lada hitam kisar
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
  • Roti/croissant secukupnya

Cara buat Sandwich Roti Croissant Telur Rebus

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  2.  Sapukan ke atas roti atau di dalam croissant yang telah dibelah.
  3. Boleh tambahkan hirisan timun atau tomato untuk lebih sedap.

Sumber: Hanieliza Kamarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Roti Croissant Tuna

Bahan-bahan

  • Roti croissant
  • 1 tin tuna in olive oil atau pilihan anda (guna ayam brand)
  • 1 biji bawang holland, didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih, cincang dadu
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 2 camca besar penuh mayonnasie
  • Hirisan tomato secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya
  • keju cheesedale, potong 4 setiap 1
  • Daun salad secukupnya

Cara buat Roti Croissant Tuna

  1. Toskan ikan tuna, hancurkan, masukkan bawang holland, bawang putih dan mayonnaise, gaul rata dan tambah jus limau kasturi.
  2. Gaul lagi hingga semua sebati dan rata. Ketepikan sebentar.
  3. Roti croissant di belah dua setiap satu, tapi tak perlu sampai putus
  4. Ambil 1 croissant ( buka perlahan), susun daun salad, kemudian keju (1 keping yang dipotong 4), susun timun, tomato dan sudukan bancuhan ikan tuna.
  5. Ratakan tutup dengan bahagian atas croissant.

Sumber: Jiaa Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Roti Croissant (Danish Pastry)

Bahan-bahan

  • 500g tepung roti
  • 50g susu tepung
  • 70g gula
  • 7g yis
  • Campurkan

Bahan B

  • 250g air sejuk(dari peti ais ya)
  • 1 biji telur
  • Pukul bagi bercampur

Bahan C

  • 60g butter/margerin
  • 1 sdt garam

Cara buat Roti Croissant

  1. Masukkan ke dalam Bahan A dan buat seperti breadcrumb. Dah rata, tuang Bahan B dan uli manja jer sehingga melekit.
  2. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Sediakan pastri magerin.
  4. 250g margerin pastry (beli di kedai bakeri).
  5. Kalau guna butter biasa kerja agak rumit kerana kena beberapa kali sejukkan dalam fridge.

Sumber: Rashidah Baharom dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata 

Jadi anda jangan lupa untuk mencuba resepi yang cukup mudah ini.

Nakkan lagi resepi roti? Jom baca resepi Cinnamon Roll ini.

Leave a Comment