4 Resepi Bengkang (Pelbagai Versi Yang Cukup Mudah)

Anda mencari resepi kuih bengkang yang moist bila dimakan? Bengkang atau juga dikenali sebagai kuih bingka ini sedap bila dimakan sewaktu minum petang. Pelbagai jenis kuih bengkang yang ingin kami kongsikan dengan anda.

1. Resepi Bengkang Roti

Bahan-bahan

  • Roti putih 5keping
  • 3 cawan susu segar
  • Suku cawan gula putih (kalau suka manis letak 1/2 cawan)
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 camca marjerin

Cara buat Bengkang Roti

  1. Carik roti masukkan dalam loyang dan rendam dengan 2 cawan susu segar, biar sampai kembang roti tu.
  2. Masukkan 1 cawan susu segar lebihan tadi dalam blender bersama telur, gula, esen vanilla, tepung gandum, garam dan marjerin.
  3. Blender sekejap biar sehingga larut semua bahan . Dah sebati semua tuang dalam adunan roti dalam loyang. Kacau bagi sebati semua
  4. Bakar suhu 180’c selama 1jam.

Sumber: Wahida Hji Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 250g Gula
  • 2 biji Telur
  • 800g ubi kayu yang telah di blend dan ditapis airnya
    (air tapisan ubi tu nanti biarkan mendap dan buang airnya perlahan, ambil tepung mendapan ubi tu)
  • 300 ml santan kotak + 100 ml air
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 st garam halus

Cara buat Bingka Ubi Kayu

  1. Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.
    *saya sapukan loyang dgn sedikit shortening *
  2. Bakar suhu 180 C selama 1jam 30min atau mengikut kesesuaian oven sehingga masak.
    saya bakar 2 jam, nak dapatkan garing tepi tu.
  3. Sejukkan sebelum di potong.

Sumber: Faiz Faizal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bengkang Pandan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 cawan air.
  • 2 cawan santan.
  • 1 1/2 cawan gula
  • Secubit gram.
  • Sedikit pewarna hijau .
  • Planta untuk sapuan diloyang
  • Sedikit bijan @ lenga

Cara buat Bengkang Pandan

  1. Masukkan bahan semua, kecuali bijan dan planta.
  2. Kacau bahan semua dengan wisk hingga sebati dan tak bergentel.
  3. Sapukan loyang dengan planta.
  4. Masukkan bahan dalam loyang dan taburkan bijan diatas.
  5. Bakar dalam suhu 180′ selama 1jam, agak dah kekuningan boleh la angkat dan sejukkan, boleh dihidangkan.

Sumber: Rohani Ronnie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bengkang Labu

Bahan-bahan

  • 2cwn labu (yang dah dilenyek)
  • 2cwn tepung gandum
  • 1cwn gula
  • 3biji telor
  • 1cwn santan (1kotak santan)
  • 2cwn air
  • 2sb marjerin/butter
  • 1sk garam

Cara buat Bengkang Labu

  1. Rebus labu smpai empuk, dan lenyek kan.
  2. Masuk semua bahan kacau smpai sebati.
  3. Sapu loyang dgn marjerin/butter.
  4. Bakar 110mnit suhu 200’c (ikut oven masing)

Sumber: Aniza Romle dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang mudah ini dirumah.

Kami juag ada sediakan resepi Kuih Kaswi untuk minum petang anda.

Leave a Comment