3 Resepi Ayam Masak Merah Kenduri (Lauk Simple & Sedap)

Kalau makan lauk pengantin di majlis kenduri kahwin, mesti ramai yang teringat-ingat rasanya yang sangat sedap. Memang tak jumpa di tempat lain kecuali di majlis kenduri kahwin. Kali ini, kami berhajat mahu berkongsi resepi ayam masak merah kenduri yang sedap dimakan dengan nasi minyak. Tak susah pun cara untuk buat masakan ini, simple sahaja.

Jom kita try!

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

Resepi ini dikongsikan oleh Raja Amanina melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ni. Yang menariknya, masakan ini disekalikan dengan resepi nasi hujan panas berserta acar timun.

Dah, dah. Jangan sampai meleleh air liur.

Mari kita ikuti perkongsian resepi ini.

Bahan-bahan

  • 10-12 ketul ayam (kunyit, garamkan dan goreng separuh masak)
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 genggam cili kering rebus&kisar hingga halus
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang & pelaga)
  • Asam keping
  • Gula garam secukup rasa

 

Cara-cara masak ayam masak merah

  1. Tumis bawang bersama serai, 4sekawan hingga wangi& masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak
  2. Masukkan tomato, sos cili&daun limau purut
  3. Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam
  4. Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
  5. Siap

 

Resepi Nasi Hujan Panas Kenduri

Seperti yang dimaklumkan awal-awal tadi, tidak lengkap resepi ayam masak merah ini tanpa nasi hujan panas.

Ikuti perkongsian untuk membuat nasi cantik berwarna-warni seperti di bawah ini:

Bahan-bahan

  • Beras – cuci dan toskan
  • Air (ikut sukatan beras)
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 3 sudu makan butter@marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
  • Daun pandan
  • 1 batang serai diketuk
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau kuning & merah

 

Cara-cara masak nasi hujan panas

  1. Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau
  2. Masukkan susu cair dan beras
  3. Tambahkan air & garam
  4. Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering
  5. Titikkan pewarna di tempat berasingan
  6. Tutup periuk
  7. Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
  8. Siap

 

Resepi Acar Timun

Bahan-bahan

  • 2 biji timun
  • sedikit kubis dihiris
  • carrot hiris
  • cili padi dihiris
  • bawang besar 2biji dihiris
  • sedikit pewarna kuning (optional sahaja)
  • cuka 1senduk kecil
  • gula
  • garam
  • sedikit air

Cara-cara buat acar timun

  1. Campurkan semua bahan
  2. Gaul sebati
  3. Perasakan dengan gula garam secukup rasa
  4. Siap

 

Akhir kata

Ayam masak merah ini, selain sesuai digandingkan dengan nasi hujan panas, ia juga sesuai dimakan dengan nasi tomato. Ikut tekak dan selera masing-masing. Yang penting, bila nak makan, jangan lupa baca Bismillah dan doa makan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment