4 Resepi Nasi Goreng Pattaya (Mudah dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga)

Nasi goreng pattaya memang mejadi kegemaran anak-anak, ye lah kerana nasi tersebut diselimutkan dengan telur dadar yang nipis. Kalau di kedai pun menu ini juga antara menu popular yang selalu dipesan. Jom kami kongsikan resepi nasi goreng pattaya untuk anda.

1. Resepi Nasi Goreng Pattaya Luar Biashe

Bahan-bahan

  • Daging 200gm
  • Hirisan Halia
  • Hirisan Cili Merah dan hirisan bawang Holland
  • Bawang Putih dan Cili Padi (diketuk)
  • 2sb Sos Tiram
  • 1sb Sos Nampla
  • Lada Hitam
  • Carrot
  • Sedikit Gula
  • Bancuhan air tepung jagung

Cara buat Nasi Goreng Pattaya Luar Biashe

  1. Tumis bawang blend + cili blend, kicap manis, garam, gula then masukkan nasi sejuk dan sedikit daun sup. Goreng rata, goreng nasik dulu. Buat sedap sikitt walaupun akan ada lauk atas dia.
  2. Nasi goreng dah sejuk, baru kita bungkuskan dia ye.
  3. Tumis bawang putih, carrot dan cilis.
  4. Sebaiknya tumis daging dan bawang putih dulu.
  5. Masukkan hirisan daging dan halia. Daging tu hiris nipis.
  6. Secubit serbuk blackpepper.
  7. Masukkan nampla dan sos tiram.
  8. Air bancuhan tepung jagung. .
  9. Masukkan sedkit je air untuk dapatkan kuah.
  10. Masukkan daun hollang, siapppp.
  11. Tuang separuh lauk tu ke atas bungkusan telur dan hias bersama bawang goreng dan daun sup.

Sumber: Wan LuQman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Goreng Pattaya Mudah

Bahan-bahan

  • Nasi smlm
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Isi ayam
  • Sayur cmpur
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Telur
  • Garam dan kiub ayam

Cara buat Nasi Goreng Pattaya Mudah

  1. Tumis bawang merah + bawang putih dan cili padi.
  2. Masuk isi ayam, letak sos tiram, serbuk lada hitam kuib ayam dan garam.
  3. last masukan nasi dan sayur campur.
  4. Selepas itu dadar telur dalam kuali dan bungkus nasi goreng tadi, siap!!

Sumber: Aishah Ain Latip dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Goreng Cina Pattaya

Bahan-bahan

  • 300gm nasi putih
  • 1 biji telur
  • 50gm isi ayam, hiris nipis
  • 100gm udang
  • 50-100gm sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji telur didadar

Cara buat Nasi Goreng Cina Pattaya

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2.  Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula Knorr Pasti Sedap, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Pukul telur dengan sedikit Knorr Pasti Sedap dan goreng dadar.
  7. Bungkus nasi goreng dengan telur dadar tadi

Sumber: Buat Orang Lapo

 

4. Resepi Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 gengam sayur campur
  • 1 ketul dada ayam di hiris nipis
  • 3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • 4 biji telur

Cara buat Nasi Goreng Pattaya

  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili.
  • Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam, garam dan sayur campur.
  • Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi.
  • Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
  • Pukul telur, campur secubit garam. Panaskn kuali. Tuangkan telur dlm kuali. Angkat kuali dan pusing2 kuali supaya telur jd besar dan nipis. Bila dh masak tutup api.
  • Bila dh siap tuangkan nasi goreng tadi ke atas telur dan bungkus/lipat telur tu dgn cermat agar nasi goreng dibungkus dgn kemas.
  • Letakkan Sos cili diatas telur.
  • Nasi goreng pataya sesuai di makan dgn tomyam atau sup tulang.

Sumber: Dzulkifli Zul dari ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba dirumah, tak perlu lagi nak order di kedai.

Jom lihat Resepi Nasi Goreng Cina

Leave a Comment