4 Resepi Air Mangga (Sedap Letak Susu, Rasa Jus Yang Fresh)

Panas-panas dapat minum air mangga yang sejuk memang menyelerakan. Lagi pula dapat air dengan buah mangga yang segar confirm tak pandang kiri-kanan dah. Kali ini kami kongsikan dengan anda resepi air mangga dengan pelbagai versi.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Air Mango Dessert

Bahan-bahan

  • 3 cwn susu segar
  • 1 paket serbuk jelly flavour mangga (masak & sejukkan serta di potong dadu)
  • 1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  •  1 cwn susu pekat (ikut manis yang kita nak)
  • 1 cwn sagu (masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
  • 1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
  •  2 biji mangga (dipotong dadu)

Cara buat Air Mango Dessert

  1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
  2. Siap untuk dihidang.

Sumber: Fatien Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Mangga Susu Viral

Bahan-bahan

  • 1 kg Mangga susu yg masak (mangga lain kurang sesuai)
    sebab mangga susu warna cantik, wangi dan manis.
  • 6 sudu brown sugar
  • 5 sudu susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Air sejuk@ air masak 1,5 liter
  • Air batu secukupnya

Cara buat  Air Mangga Susu Viral

  1. Kupas mangga, masukkan brown sugar, susu pekat dan secubit garam tambahkan air sejuk@air masak.
  2. Kisar, tuang dalam jug besar dan masukkan air batu dan siap.
  3. Kegunaan garam supaya naikkan rasa lemak.

Sumber: Ash Seri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Simple Mango Shake

Bahan-bahan

  •  3/4 cawan susu segar
  • Sebiji mangga
  • 1/4 cawan air
  • Ais secukupnya
  • 1/4 cawan sunquick perisa mangga-letak sikit-sikit, adjust rasa masam manis guna sunquick mangga.

Cara buat Simple Mango Shake

  1. Blend semua skali dan adjust rasa masam manis & lemak.
  2. Siap untuk di hidang dengan buah mangga potong, nak sedap lagi letak la aiskrim vanilla.

Sumber:Nur Natasha Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mango Lassi Segera

Bahan-bahan

  • 1 kotak minuman rasa mango
  • 1 kotak susu segar
  • Secubit garam
  • Ais
  • Susu pekat manis
    (bergantung berapa banyak ais dipakai)

Cara buat Mango Lassi Segera

  1. Satu kotak air mango bancuh bersama suku kotak susu segar, tambah garam, susu pekat, ais.
  2. Kacau dan siap untuk dihidang.

Sumber: Alis Gumiho dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi yang kami kongsikan ini.

Anda peminat minuman air mata kucing?  Jom baca di sini kami ada kongsikan untuk anda

Leave a Comment