4 Resepi Air Mata Kucing (Sedap Dan Menyegarkan)

Antara air balang yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia di pasar malam ialah air mata kucing. Rasa masam manisnya yang balance memang menyegarkan, lebih-lebih lagi jika ditambah dengan asam boi. Selain itu, air mata kucing juga merupakan air yang berkhasiat jika dikurangkan gulanya.

Jom tengok resepi air mata kucing yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Air Mata Kucing Sedap

Bahan-bahan

  • 6 – 7 biji kembang semangkuk
  • 1 senduk gula batu
  • 12 – 14 biji buah mata kucing (kering)
  • 7 – 8 ketul buah kabung / kundur
  • 1 1/2 – 2 jag air
  • Barli (direbus dahulu)
  • Biji selasih (rendam dengan air panas)
  • Cincau secukupnya

Cara buat air mata kucing

  1. Rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang.
  2. Buang kulit kembang semangkuk dengan uratnya.
  3. Masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yang berisi air kembang semangkuk tadi.
  4. Masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula batu dan buah kabung / kundur dan kacau.
  6. Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air. Padamkan api.
  7. Tambahkan satu sudu makan biji selasih dan barli.
  8. Akhir sekali, masukkan potongan cincau dan sedia untuk diminum.

Sumber: Aynora Nur dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Air Mata Kucing Asam Boi

Resepi ini juga boleh digunakan untuk buah lain seperti mangga, rambutan dan kedondong.

Bahan-bahan

  • Buah mata kucing
  • Asam boi
  • Gula
  • Garam
  • Cili padi (dipotong)

Cara buat air mata kucing

  1. Kupas kulit buah mata kucing, cuci dan toskan sehingga air kering.
  2. Gaul buah dengan semua bahan.
  3. Simpan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Amiera Johan dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Air Mata Kucing Simple

Bahan-bahan

  • Buah mata kucing
  • Buah goji
  • Daun pandan
  • Gula batu

Cara buat air mata kucing

  1. Buang kulit dan cuci buah mata kucing. Toskan.
  2. Campurkan semua bahan dan tambahkan air.
  3. Masak kesemuanya hingga sebati.

Sumber: Mastura Mohamed dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Air Mata Kucing Ala Hatyai

Bahan-bahan

  • Buah mata kucing
  • Gula merah
  • Gula putih
  • Ais
  • Air

Cara buat air mata kucing

  1. Rebus gula merah dan gula putih. Tapiskan.
  2. Rebus semula air dan masukkan buah mata kucing sehingga lembut.
  3. Tambahkan ais dan sedia untuk diminum.

Sumber: Nawal Lope Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan resepi air mata kucing ini. Sedap dan menyegarkan juga. Selepas ini, kalau teringin anda boleh buat sendiri pula.

Jangan lupa cuba resepi jeruk mangga yang rangup ini juga.

Leave a Comment