3 Resepi Jeruk Mangga (Cara Buat Buah Pelam Rangup & Sedap)

Jika ada pokok mangga di rumah, sekali masak mesti mengeluarkan buah yang banyak. Kadang-kadang tak larat nak makan buah mangga atau pelam ini. Jadi kita boleh buat jeruk mangga pula, boleh juga dijual dan disimpan dengan lebih lama. Di sini kami kongsikan resepi jeruk mangga untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Rangup

Bahan-bahan

  • 2 biji mangga
  • 5-6 biji cili api (boleh dikurangkan atau ditambah)
  • 3-4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan ais krim soda

Cara buat Jeruk Mangga Asam Boi Rangup

  1. Kupas mangga, kemudian hiris atau potong memanjang. Basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang.
  3. Campurkan gula, cili api, asam boi dan ais krim soda.
  4. Simpan di dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk dimakan.
  5. Siap

Sumber: Sham Sabri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Jeruk Mangga Muda / Buah Pelam Homemade

Bahan-bahan

  • 20-25 biji mangga muda
  • 1 sk kapur makan
  • 5 sb garam dilarut dengan air (air separas dengan buah yang hendak direndam)
  • 3 1/2 cawan gula pasir (dimasak dengan air)
  • 2 sudu makan cuka masakan

Cara buat Jeruk Mangga Muda / Buah Pelam Homemade

  1. Kupas kulit mangga (jika buah besar). Jika pelam pauh/pelam telur hanya bersihkan kulitnya..
  2. Belah dua atau potong kecil. Buang biji dan selaput.
  3. Rendam buah ke dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit (untuk pastikan buah rangup)
  4. Buang air kapur dan basuh sekali lagi. Toskan.
  5. Tuangkan bancuhan air + garam ke dalamnya. Bancuhan mestilah melepasi seinci dari buah mangga.
  6. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari. Selepas rendam selama 2 hari buang air garam tadi.
  7. Masukkan air suam ke dalam bekas tersebut sehingga paras mangga dan biarkan selama 4 jam.
  8. Masak air gula sehingga mendidih dan biarkan sejuk.
  9. Apabila air gula dah sejuk, masukkan cuka masakan dan toskan.
  10. Tuangkan air gula dan cuka ke dalam bekas mangga. Peram selama 1 hari di luar.
  11. Hari kedua, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 hari sebelum dimakan.

Sumber: Leesa Alif dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Jeruk Mangga / Pelam

Bahan-bahan

  • Mangga (jenis mangga telur)
  • Garam kasar
  • 1 sudu kecil kapur
  • 3 gelas air gula + 2 cawan air (masak sehingga jadi dua cawan)

Cara buat Jeruk Mangga / Pelam

  1. Potong mangga seperti yang diingi dan basuh bersih.
  2. Tabur gara mkasar dan biarkan semalam di dalam peti sejuk.
  3. Keesokannya, basuh bersih mangga.
  4. Campurkan air dan kapur ke dalam bekas berisi buah mangga dan rendam.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam.
  6. Selepas 8 jam, basuh bersih.
  7. Tuangkan air gula yang sudah dimasak dan campurkan dengan cuka.
  8. Perapkan bersama buah mangga selama 1 hari di dalam peti sejuk.
  9. Selepas 1 hari, jeruk mangga siap dan boleh dimakan.

Sumber: Fauziah Yahaya dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Walaupun resepi jeruk mangga ini agak lama untuk menyiapkannya, namun hasilnya memang puas hati.

Lihat juga resepi air mangga dan kerabu mangga yang boleh diratah begitu sahaja.

Selamat mencuba!

Leave a Comment