3 Resepi Udang Butter (Mudah Dibuat, Butter Prawn Rasa Manis Masin)

Anda rindu untuk makan udang butter di tepi pantai? Terdapat banyak restoran yang menyediakan udang butter tetapi terkadang terlalu mahal ataupun tidak menepati citarasa. Selain udang buttermilk dan udang goreng kunyit , kami juga sediakan beberapa resepi udang butter yang cukup menarik untuk anda cuba sediakan di rumah.

1. Resepi Udang Butter Milk

Bahan-bahan

  • Udang galah
  • Mentega Buttercup
  • Susu cair
  • 7 ulas bawang putih 7 ulas
  • Cili api

 

Cara buat udang butter milk

  1. Tumbukkan cili api bersama bawang putih yang dikisar halus.
  2. Goreng dahulu udang dengan mentega sehingga agak garing kemudian asingkan.
  3. Guna bekas goreng udang sebentar tadi dan tumis bawang putih dan cili api yang telah dikisar.
  4. Bila sudah agak garing, masukkan susu dan garam.
  5. Selepas itu, kacau sebati dan masukkan udang.
  6. Masak sehingga pekat dan hidangan siap!

 

Sumber: Fairuz Abu Hassan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Butter Telur Garing

Bahan-bahan terlu garing

  • 3 biji telur kuning
  • Secawan minyak masak
  • 5 sudu besar buttercup

 

Cara buat telur garing

  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
  2. Pukul atau kacau telur kuning sekejap menggunakan garfu.
  3. Apabila minyak panas, tuang telur kuning sedikit demi sedikit tinggi-tinggi sambil mengacau secara membulat
  4. Apabila buih telur dah naik tinggi dan bertukar warna, tutupkan api dan tapis menggunakan penapis yang sesuai.
  5. Kemudian, letak di atas pinggan yang dilapik dengan tisu untuk serapkan minyak.

 

Bahan-bahan udang

  • Udang size L (basuh bersih, belah belakang udang dan buang urat kotor)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji cili padi  (dihiris)
  • 10 helai daun kari
  • 4 sudu besar susu cair (susu segar juga boleh digunakan)
  • Sedikit butter/marjerin
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk lada putih
  • Garam

 

Cara buat udang butter

  1. Gaul udang dengan tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah. Goreng dengan sedikit minyak sehingga berubah warna dan masak.
  2. Angkat udang dan ketepikan.
  3. Setelah itu, panaskan kuali dan tambahkan sedikit butter untuk menumis. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari.
  4. Kemudian, tambahkan susu segar, sedikit garam dan lada putih secukup rasa.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan udang yang telah digoreng dan juga telur garing tadi.
  6. Kacau-kacau supaya udang disalut elok dengan telur garing.
  7. Siap untuk dihidang!

 

Sumber: Akhtar Syamir dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nestum Butter Prawn

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 tangkai cili padi (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu mentega
  • 1 cawan Nestum
  •  ½ kilo udang
  • Garam
  • ½  sudu gula
  • Serbuk perasa

 

Cara buat Nestum butter prawn

  1. Goreng udang bersama kunyit dan garam kemudian asingkan.
  2. Masukkan butter ke dalam kuali dan cairkn.
  3. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari lalu tumis sehingga naik bau dan bwg putih sedikit garing.
  4. Setelah itu , masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
  5. Kemudian, masukkan nestum dan gaul rata hingga nestum sedikit kekuningan dan garing.
  6. Masukkan pula udang yang telah digoreng dan gaul rata.
  7. Apabila sudah sebati dan garing, angkat dan boleh dijamu!

 

Sumber: Fathin Khair dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Selalunya udang butter sedap dijamu begitu sahaja. Namun, udang butter juga sedap dijamu bersama nasi goreng.

Jika minat udang galah pula, boleh cuba resepi udang galah.

Kami harap resipi-resipi ini memberi anda inspirasi untuk mengolah yang baru!

Leave a Comment