3 Resepi Lasagna Simple & Sedap (Ada Cara Buat Sos Putih)

Ada lebihan roti? Rasa nak makan western tapi nak resepi yang mudah? Mari kami kongsikan resepi lasagna yang senang dibuat, pasti menjadi kesukaan ramai terutama kanak-kanak.

1. Resepi Lasagna 2 Sos

Bahan-bahan sos bolognese

  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos tiram
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • lobak
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sb setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
  • Daging burger atau daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air (Kalau nak berkuah)

Bahan-bahan sos putih

  • 3 cheese cheddar
  • 2 sudu tepung gandum (masuk sikit air)
  • 3 cawan susu full cream
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan lasagna

  • mozarella cheese
  • kulit lasagna

Cara buat sos bolognese

  1. Tumis bawang
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram
  3. Masukkan tomato, lobak, daging cincang, Italian herbs
  4. Masukkan gula dan garam

Cara buat sos putih

  1. Masukkan susu full cream, air tepung, cheese
  2. Masukkan garam. Gaul hingga mendidih dan pekat ikut suka

Cara buat lasagna

  1. Panaskan air dan letak sedikit minyak supaya kulit lasagna tidak melekat
  2. Rebus lasagna dalam 5 minit
  3. Susun kulit lasagna dalam tray/acuan
  4. Masukkan sos bolognese hingga rata di semua permukaan kulit lasagna
  5. Masukkan sos putih. Ulang langkah yang sama dan hingga rasa penuh
  6. Akhir sekali letak mozarella sebagai topping dan bakar

Sumber: Noratiqah Nordin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Lasagna Mudah

Bahan-bahan sos bolognese

  • bawang besar (dipotong dadu)
  • daging cincang Ramly
  • sos bolognese Prego

Bahan-bahan sos cheese

  • Mentega
  • 2 sb tepung
  • Fresh milk
  • 2 keping cheddar cheese
  • Garam sikit

Cara buat sos bolognese

  1. Tumis bawang
  2. Masukkan daging
  3. Selepas daging masak, masuk sos bolognese (Prego)

Cara buat sos cheese

  1. Tumis mentega bersama tepung
  2. Letak fresh milk dan cheese sehingga elok pekat
  3. Perasakan dengan garam

Cara buat lasagna

  1. Kedua-dua sos dijadikan layer dengan kepingan lasagna
  2. Bakar 30 minit
  3. mahu lebih sedap boleh tabur cheese

Sumber: Azleeta Abu Kassim dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Lasagna Roti Gardenia

Bahan-bahan lasagna

  •  6 keping roti (dipotong bahagian tepi)
  • ½ botol sos spagheti
  • 2 sb sos black pepper/serbuk black pepper
  • 1 keping daging/ayam kisar
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • ½ biji bawang besar (cincang)
  • Cili benggala
  • Cili merah
  • Sosej
  • Daun sup
  • 2 sb susu segar (optional)
  • 1 biji telur
  • Mozarella cheese
  • Cheddar cheese
  • Oregano leave

Cara buat lasagna roti Gardenia

  1. Cairkan mentega, tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau
  2. Masukkan daging, goreng hingga masak
  3. Masukkan sos spagheti. Tambah sikit air jika pekat
  4. Masukkan sosej, cili benggala & cili merah
  5. Tambahkan garam & perasa
  6. Biar mendidih, taburkan daun sup
  7. Sapukan mentega pada bekas, celup roti di dalam telur dan susu segar
  8. Susun selang seli. Mula-mula susun roti, kemudian sos spagheti dan chedar cheese atas skali
  9. Ulang sampai 3 lapisan dan terakhir taburkan mozarella cheese ikut suka dan oregano leaves
  10. Bakar pada suhu 180°c 40 minit api atas bawah

Sumber: Syazwani Darwiny dari Masak Apa Hari Ni

 

Mudah bukan resepi hidangan ala Western ni? Boleh buat sendiri sahaja dan makan bersama seisi keluarga. Kalau suka makan roti jala, boleh lihat resepi ringkasnya di sini.

Leave a Comment