3 Resepi Rendang Kerang (Enak Dimakan Bersama Lemang)

Selalu kita dengar rendang ayam atau daging sahaja kan, sekali-sekala kita cuba rendang kerang sedap juga. Jom kami kongsikan resepi rendang kerang untuk anda. Sedap dimakan bersama lemang atau nasi impit.

1. Resepi Rendang Kerang Kisar

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Kunyit hidup (3 ibu jari)
  • Serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • Cili kering
  • Asam keping
  • Air asam jawa
  • 1 sb kerisik
  • Santan
  • Daun kunyit
  • Kerang

Cara buat Rendang Kerang

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas dan halia. Tumis semua bahan dan cili kering sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping, jika tidak cukup masam boleh letakkan air asam jawa.
  3.  Setelah kuah mendidih dan pecah minyak, masukkan kerisik dan kacau.
  4. Setelah sebati, masukkan santan dan perlahankan api. Kacau sentiasa.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan kerang dan daun kunyit. Perasakan dengan garam. Siap.

Sumber: Noor Ashila dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rendang Kerang Kuah Pekat

Bahan-bahan

  • Isi kerang (direbus)
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 batang serai*
  • Kunyit*
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Cili kering*
  • Daun kunyit (dihiris)
  • Daun limau purut (dihiris)
  • 2 sudu kerisik
  • Gula melaka
  • Perasa dan garam
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan

Cara buat Rendang Kerang Kuah Pekat

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan gula melaka, kerisik, serbuk perasa, garam dan air asam jawa.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan. Tunggu sehingga kuah masak.
  5. Masukkan kerang, daun limau purut dan daun kunyit. Sesuaikan mengikut citarasa anda.

Sumber: Nooraini Ramly dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rendang Kerang 2 Kilo

Bahan-bahan

  • 2 kg kerang
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 5 batang serai*
  • 2 sb cili boh
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb kerisik
  • Santan
  • 1 keping asam keping
  • Daun kunyit

Cara buat Rendang Kerang 2 Kilo

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Tumis bahan kisar sehingga air kering, dan letakkan satu batang serai yang diketuk.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari dan masak lagi. Masukkan kerang, santan, asam keping, garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit.

Sumber: Wani Sulinan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Resepi rendang kerang ini tidak begitu berbeza dengan resepi rendang ayam dan resepi rendang daging. Jadi, anda boleh cuba di rumah selepas ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment