3 Resepi Rendang Daging (Yang Pasti Enak Dan Memikat Rasa Anda)

Antara juadah popular semasa Raya semestinya rendang daging. Malaysia mempunyai pelbagai jenis rendang daging bergantung pada negeri dan daerah. Ada rendang kering, ada rendang basah atau berkuah. Di sini kami kongsikan 3 resepi rendang daging untuk anda cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Rendang Daging Nogori

Bahan-bahan rendang daging

  • 1kg daging
  • 500g santan
  • 4 batang serai
  • 1 genggam cili api kampung
  • 1.5 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit
  • 1 paket kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara buat rendang daging

  1. Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air harus menutupi paras daging.
  2. Kisar cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian masukkan pada daging tadi.
  3. Setelah sedikit kering, boleh masukkan santan.
  4. Kacau sehingga daging dan santan kering, masukkan kerisik.
  5. Tambah garam dan cukup rasa.
  6. Kacau sehingga daging kering.

Sumber: Shida Ambok dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rendang Daging Opah Berkuah

Bahan-bahan rendang daging

  • 2kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 jari halia
  • 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • 2 senduk cili kering blend
  • 500ml santan kotak
  • Kerisik
  • Daun kunyit dan daun limau purut (dihiris)

Cara buat rendang daging

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup.
  2. Masukkan ke dalam kuali bersama cili blend.
  3. Kemudian masukkan daging. Kacau rata.
  4. Masukkan santan dan kacau lagi. Masak dalam api sederhana.
  5. Bila kuah hampir kering, masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga menggunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.

Sumber: Norsiah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rendang Daging Simple

Bahan-bahan rendang daging

  • 1/2kg daging
  • 1/2kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar (kisar)
  • 6 ulas bawang putih (kisar)
  • 6 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • 2 inci lengkuas (kisar)
  • 10 batang serai (4 batang kisar, 6 batang ketuk)
  • 15 tangkai cili kering (kisar)
  • 4 sb cili giling
  • 2 paket kerisik (1 paket 40g)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula merah

Cara buat rendang daging

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar dan serai.
  2. Masukkan cili giling dan gula merah, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.
  4. Masukkan santan, kerisik, asam keping dan sedikit garam.
  5. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak. Guna api kecil sahaja dan tutup periuk.
  6. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  7. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit dan boleh rasa. Siap!

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi rendang daging dari kami. Selamat mencuba! Resepi lain yang menarik turut kami kongsikan untuk anda.

Leave a Comment