4 Resepi Zucchini (Sejenis Labu Popular Di Amerika)

Zucchini ialah sejenis labu dan dikategorikan sebagai sayuran. Zucchini amat popular di Amerika. Di sana, zucchini kebiasaannya akan di buat jeruk dan di makan bersama hidangan lain. Di Malaysia agak jarang kita dengar masakan zucchini. Tidak mengapa, kali ini kami akan bantu anda untuk mendapatkan resepi zucchini yang mudah dan boleh di cuba dirumah.

1. Resepi Kudapan Zucchini

Bahan-bahan

  • Sayur labu zucchini
  • Tepung goreng bestari pedas

Cara buat Kudapan Zucchini

  1. Potong bulat jangan tebal jangan nipis sangat.
  2. Bancuh tepung dengan air, celup zucchini dalam bancuhan.
  3. Goreng keemasan (dalam 3-4 minit sahaja).
  4. Dah garing jangan biar lama sangat nanti lembik.

Sumber: Mimi Ilyas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Pan Fries Zucchini

Bahan-bahan

  • Zucchini
  • Garam
  • Telur

Cara buat Pan Fries Zucchini

  1. Zucchini dihiris 1cm tebal digaulkan dengan garam dan dibiarkan 15 minit sehingga keluar air dan buang air tersebut. Keringkan zucchini dengan paper towel.
  2. Salutkan zuchini dengan tepung gandum dan toskan.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Gunakan non-stick pan yang dah dipanaskan, letak sedikit minyak, salutkan zuchini dengan telur & goreng atas kuali sehingga warna keemasan.

Sumber: Azliana Abd Rahaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Goreng Pasta Zucchini dan Tomato Ceri

Bahan-bahan

  • 500 grm pasta spirral
  • 2 biji bawang merah – diracik kecil
  • 3 ulas bawang putih – di ketuk dan racik kecil
  • 200 grm zucchini
  • 25 biji tomato ceri madu
  • 1 peket meatloaf ayam
  • 1 peket sosej
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar butter
  • serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Keju parmesan – ditabur atas pasta bila nak makan

Cara buat Goreng Pasta Zucchini dan Tomato Ceri

  1. Kupas semua bawang dan di racik kecil. Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan, semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam.
  2. Sayur zucchini dipotong memanjang dan semua buah tomato dipotong dua.
  3. Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang, kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan.
  4. Masukkan meatloaf ayam yang sudah dipotong kecil dengan sosej yang dipotong kecil dan kacau sehingga semua bahan masak.
  5. Masukkan semua sayur zucchini dan kacau dalam 3 minit dan masukkan pula buah tomato, kacau semua bahan sampai buah tomato layu.
  6. Masukkan semua pasta bersama serbuk lada hitam serta garam secukup rasa.
  7. Masa tengah kacau pasta curah satu sudu besar minyak zaitun atas pasta dalam kuali dan kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh ditutup api.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hobak Jeon (Zucchini)

Bahan-bahan

  • Zucchini – hiris bulat
  • 1 biji telor
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Cili merah @ hijau – hiris untuk hiasan

Cara buat Hobak Jeon (Zucchini)

  1. Hiris bulat zucchini tidak terlalu tebal. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul bersama sedikit garam.
  2. Beberapa sudu tepung gandum masukkan dalam piring. Ambil zucchini dan sadur dengan tepung rata.
  3. Kemudian celup zucchini dalam telur dan letak dalam pan yang telah di panaskan dengan sedikit minyak.
  4. Hias atasnya dengan hirisan cili sambil di tekan2 supaya cili melekat.
  5. Bila bahagian bawah telah masak segera terbalikkan zucchini dan masak lagi. Bila kedua bahagian telah masak angkat dan hidang dalam pinggan.

Sumber: Noor Liza Mohd Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Menarikkan resepi zucchini yang kami kongsikan ini. Jangan lupa cuba!

Jom baca lagi pelbagai resepi yang kami sediakan untuk anda.

Leave a Comment