4 Resepi Sotong Sumbat (Ada Telur, Ala Thai, Bakar dan Percik)

Jika anda penggemar sotong, anda pasti suka dengan resepi yang akan kami kongsikan ini. Resepi sotong sumbat bakar yang mempunyai pelbagai cara masakan yang pasti membuatkan anda tak sabar nak cuba masak.

Jom kita try!

1. Resepi Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan

Bahan utama

  • Sotong
  • Udang
  • Telur

Bahan kisar

  • 2 bj bawang besar
  • 2 btg serai
  • 2 ulas bawang putih

Cara buat Sotong Sumbat Telur

  1. Telut+udang cincang+lada cincang+daun bawang cincang masukkan sekali.
  2. Gaulkan sebati tambahkan sedikit garam.
  3. Tumis cili kering dan bahan kisar tadi.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
  5. Perasakan gula dan garam.

Sumber: Shikin Jaiz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sotong Sumbat Bakar

Bahan-bahan

Bahan untuk sumbat sotong

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada sulah
  • Telur
  • Mayonis

Resepi sambal

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Serai sebatang
  • Buah keras 5 biji
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Santan kotak 2 sudu besar
  • Garam
  • Perisa jika suka

Cara buat Sotong Sumbat Telur

Bahan untuk sumbat sotong

  1. Tumis bawang dan bawang putih, bawang dah separa masak, masukkan telur dan lada sulah perasakan dgn garam  nak letak cili api pun boleh  kalau nak pedas lepas masak letak mayo 2 sudu besar.
  2. Kemudian sumbatlah kedalam sotong yang dah dibersihkan, kepala dan badan cucukkan dengan lidi.
  3. Kemudian bakar sotong dalam pan.
  4. Ketepikan bila dah masak dan gunting tengah badannya.

Resepi sambal

  1. Tumis buat macam sambal biasa.
  2. Bila sambal dah masak salutkan sotong dengan sambal dan bakar.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sotong Sumbat Ala Percik

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong (bersihkan dan toskan)

Bahan sumbat

  • 2 keping tauhu
  • 3 biji telur
  • 5-6 ekor udang (potong halus/cincang)
  • 3 biji cili merah (cincang)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • Daun bawang (potong halus)
  • Garam/gula

Untuk kuah 

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 sudu cili kering (blend)
  • 2 cawan santan

Cara buat Sotong Sumbat Ala Percik

  1. Gaulkan semua bahan dan goreng separuh masak.
  2. Ketepikan dan biarkan sejuk kemudian sumbat dalam sotong.

Untuk kuah 

  1. Tumis bawang dan serai sampai wangi masukkan cili kering tuggu cili agak masak.
  2. Masukkan santan biarkan mendidih masukkan gula dan garam.
  3. Kemudian masukkan sotong kecikan api dan masak sampai kuah agak pekat.

Sumber: Gee Diana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sotong Sumbat Ala Thai

Bahan-bahan

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang segengam
  • Telur 1 biji

Bahan-bahan sos

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu gula
  •  Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan-bahan kisar inti

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan Halia

Cara buat Sotong Sumbat Ala Thai

  1.  Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan.  Kisar.
  2. Isi udang, telur dan bahan kisar yang dicampur tadi masak atas dapur dulu. Masak separuh masak atau hampir masak. Dimasak dengan minyak sedikit lepas tu baru isi tadi sumbat dalam sotong.
  3. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
  4. Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
  5. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  6. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap untuk dimakan.
  7. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.

Sumber: Nurul Hazwani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Rambang mata kan dengan pelbagai resepi sotong yang kami kongsikan ini. Wajib cuba tau.

Jom baca pula resepi ikan cencaru ada sumbat dan bakar juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment