4 Resepi Victoria Sandwich (Roti & Kek Sukatan Cawan)

Resepi victoria sandwich ini ada dua jenis iaitu roti sandwich dan kek. Kedua-duanya hanya nama yang sama tapi resepi membuatnya adalah berlainan. Jangan risau kali ini kami akan kongsikan juka kedua-dua resepi sandwich dan kek ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Lemon Curd Victoria Sandwich Cake

Bahan-bahan

  • 225g mentega, lembut
  • 180g gula
  • 4 biji telur grade A
  • 225g tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji lemon di parutan halus
  • Jem lemon curd secukupnya

Bahan filling

  • 250ml whipping cream, jenama Anchor
  • 80g cream cheese, jenama tatura
  • 3 sudu besar gula icing

Yummy Lemon Curd

  • Parutan halus kulit lemon dari 3 biji lemon
  • 1/3 cawan jus lemon segar (3 biji lemon)
  • 2/3 cawan gula halus
  • secubit garam
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • 4 biji telur grade A

Cara buat Lemon Curd Victoria Sandwich Cake

Kek

  1. Griskan 2 tin pembakar bulat bersaiz 8 inci, kemudian lapik dengan kertas baking.
  2. Masukkan kesemua telur ke dalam mangkuk adunan, diikuti gula, tepung naik sendiri, baking powder, butter.
  3. Pukul semua bahan sehingga sebati. Jika gunakan mixer, putar pada kelajuan sederhana.
  4. Jangan terlebih pukul, cukup sekadar apabila semua bahan diadun sebati.
  5. Sendukkan adunan sama banyak ke dalam 2 bekas tadi. Ratakan permukaan adunan dengan spatula supaya sekata.
  6.  Bakar pada suhu 180°C selama anggaran masa 20-25 minit atau sehingga masak keperangan. Angkat dan sejukkan selama 10-15 minit sebelum dikeluarkan dari bekas tin.
  7. Apabila sudah sejuk, ambil sebiji kek dan terbalikkan di atas dulang kemudian sapu jem lemon curd di permukaan kek (kira-kira 4 sudu besar lemon curd).
  8. Sapukan pula cream cheese di atasnya dan telangkupkan dengan kek yang ke 2 di atas seperti sandwich. Boleh juga dipaipkan cream cheese itu supaya kelihatan lebih cantik.
  9.  Taburkan gula ising dipermukaan kek.

Cream cheese

  1. Putar whipping cream sehingga menjadi pekat. Jangan terlebih putar kerana tekstur whipping cream akan menjadi pecah dan berair.
  2. Dalam mangkuk berasingan, putar cream cheese sehingga lembut. Kaupkan ke dalam mangkuk adunan whipping cream. Kacau hingga sebati.

Yummy Lemon Curd

  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar selamat dengan ketuhar gelombang mikro, 4 – 8 minit atau sehingga pekat.
  2. Keluarkan setiap 1 min kacau masuk balik (ulang ulang) masak sehingga pekat. Tapis kan, siap.
  3. Lebihan lemon curd boleh disejukkan dalam peti ais selama seminggu; kalau nak simpan lama boleh di beku kan dalam freezer sehingga 3-6 bulan.

Nota: Kalau tak nak guna microwave boley masak kaedah double boiler, whisk semua bahan sehingga pekat. Tapis kan, siap

Sumber: Lina Thomas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Victoria Sandwich Cake

Bahan-bahan

Kek

  • 175g tepung naik sendiri (diayak)
  • 175g butter
  • 100g gula kastor (gula guna 50g je sebab FC dan jem dah manis)
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji telur

Hiasan

  • 150g fresh cream
  • 100g jem strawberi
  • 1 tsp snow powder/ icing sugar
  • 6-7 biji strawberi dihiris nipis

Cara buat Victoria Sandwich Cake

  1. Panaskan oven pada suhu 180c (160c fan). Gris & alas 2 buah loyang 7inc dengan baking paper.
  2. Pukul butter, vanila & gula hingga kembang & berkrim.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga adunan elok sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi licin
  5. Bahagikan adunan sama banyak dikedua loyang, hentak sedikit loyang supaya adunan sama rata. Susun hirisan strawberi diatas 1 adunan kek sahaja. Manakala 1 lagi dibiarkan kosong untuk bahgian bawah
  6. Bakar selama 25-30min hingga perang, atau kek elok masak dengan memasukkan cake tester.
  7. Sejukkan loyang diatas rak dawai hingga kek boleh dikeluarkan dari loyang.
  8.  Hiasan : pukul whipping cream hingga soft peak & sapukan pada permukaan kek yang kosong.
  9. Sudukan pula jem strawberi & susun baki hirisan stroberi diatasnya.
  10. Akhir sekali letakkan kek yang ada lapisan strawberi diatasnya. Taburkan snow powder sebelum menghidang. Siap.

Sumber: Wan Nafisah Ja’afar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Roti Victoria Sandwich

Bahan-bahan

  • 1 tin kecil sardin / Mackerel
  • 1 biji bawang besar sederhana – dadu kecil
  • 2 biji cili padi – hiri halus
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • Sedikit garam
  • 1 buku roti
  • 2 biji carrot – potong kecil, rebus dan lecek halus
  • 2 biji timun – buang biji, sagat halus, peras airnya
  • 3 keping keju – jika suka
  • Sapuan – Mayonis dan Mentega

Cara buat Roti Victoria Sandwich

  1. Lecek ikan sardin, masukkan bawang, cili, jus limau nipis dan garam. Gaul dengan 2-3 sudu besar sos sartin hingga rata. Ketepikan.
  2. Lapisan pertama : Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti carrot di atasnya.
  3. Sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan carrot.
  4. Lapisan kedua : Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti sardin, sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan sardin.
  5. Lapisan ketiga : Ulangi langkah di atas, mayonis, inti timun dan mentega.
  6. Lapisan Akhir : Sapu sekeping roti dan letak di atas inti yang terakhir. Kemudian tekan lapisan roti biar padat.
  7. Tindan 2 set sandwich dalam bekas supaya padat dan melekat. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
  8. Potong dan buang tepi roti. Potong segi atau tigasegi mengikut suka.
    Victoria Sandwich juga boleh di tambah dengan lapisan kepingan keju, salad atau tomato.

Sumber: Kak Wan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Victoria Sandwich Cake (Versi Kukus)

Bahan-bahan

Bahan A (Untuk Kek Span)

  • Tepung 1 Cawan
  • Tepung jagung 1/4 cup
  • Baking Powder 1Sdk
  • Soda Bikarbonat 1Sdk
    * Ayak kesemua Bahan A

Bahan B

  • Telur 3 biji (Pastikan Gred A , kalau B buat 4 Biji)
  • Esen Vanilla
  • Ovelet 1SdB
  • Gula halus 3/4 cup
  • Minyak masak 1/4
    * Mix sehingga kembang bahan B

Topping

  • Cream Cheese Tatura dalam 100gm
  • Whipping Cream dalam 2 cawan
  • Susu pekat 1/2 Cawan

Cara buat Victoria Sandwich Cake (Versi Kukus)

  1. Lepas bahan B dah kembang dengan gebu, masukkan bahan A (masuk sedikit demi sedikit, mix dengan kelajuaan yang rendah)
  2. Masukkan minyak masak tadi.
  3. Dah sebati, bolehlah kukus dalam 40 minit.
  4. Pastikan sebelum kita sediakan kek, air pengukus mesti dididihkan.
  5. Untuk jem strawberi beli dekat bakeri.

Topping

  1. Cream cheese mix sekali dengan susu pekat sampai gebu.
  2. Selepas itu, mix dengan whipping cream. Bekas yang berbeza.
  3. Masukkan dalam piping beg . So ada 3 piping beg
  4. Piping pada setiap lapisan kek.
  5. Siap

Sumber: Maisarah Yahya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda boleh pilih sama ada nak resepi roti atau kek. Jangan lupa cuba untuk dimakan bersama keluarga.

Inginkan resepi kek lagi? Jom baca resepi kek mentega pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment