4 Resepi Hash Brown (Sarapan Pagi English Style)

Sesekali menu untuk breakfast ala-ala english style pun apa salahnya kan? Jemu juga jika makan nasi lemak atau roti canai sahaja. Kali ini kami kongsikan resepi hash brown yang cukup mudah dan paling penting mengenyangkan.

Jom kita try!

1.Resepi Hashbrown dan Cheese Tarik

Bahan-bahan

  • 2 biji kentang saiz sederhana besar, diparut, dicuci dan diperah sampai kering
  • Sebiji bawang merah dicincang halus
  • ¼ cawan tepung gandum
  • Sebiji telur

Cara buat Hashbrown dan Cheese Tarik

  1. Campurkan kesemua bahan. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sampai sebati / melekat.
  2. Nota penting – kentang parut WAJIB betul-betul diperah hingga kering. Kalau tak, dia akan berair, dan tepung jangan banyak, nanti dia tak jadi hashbrown. Dia jadi cekodok kentang
  3. Potong mozzarella kecik-kecik.
  4. Goreng 10 minit (5 bahagian atas, 5 minit bahagian bawah).

Sumber: AJ Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mudah Hashbrown

Bahan-bahan

  • 3biji kentang (saiz besar)
  • Keju
  • 3sdb Tepung gandum
  • 1biji bawang merah besar
  • 1ulas bawang putih
  • Garam @ rempah @ perasa ikut suka
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Hashbrown

  1. Kupas kulit kentang, sagat, kemudian masukkan ke dalam air sejuk (untuk buang kanji nya)
  2. Tapis dengan kain bersih, kemudian perah hingga agak kering.
  3. Masukkan bawang dan goreng dalam kuali (sedikit minyak) dengan api yang kecil selama 4-5 minit.
  4. Masukkan ke dalam bekas, setelah sejuk masukkan tepung gandum, perasa dan sagat keju ke dalamnya. Gaul sebati.
  5. Bentukkan leper dan bujur, goreng hingga garing.
  6. Siap dimakan.

Sumber: Sutina Phang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Hash Brown Rangup Di luar Lembut Di dalam

Bahan-bahan

  • 4 biji kentang
  • 1 biji telur  (di pukul)
  • 1sudu teh gula
  • 1sudu teh garam
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu skim susu
  • 1/2 cawan tepung

Cara buat Hash Brown Rangup Di luar Lembut Di dalam

  1. Ubi kentang perlu direbus 5 minit dengan air mendidih dan sejukkan , digarut guna pemarut.
  2. Masukan ubi dalam kain perah semua air ubi yang ada.
  3. Masukan dalam mangkuk, masukan telur, masukan garam, gula, tepung, serbuk lada hitam, skim susu dan butter. Uli/gaul/ramas hingga rata dah rata boleh dilapis dengan kertas minyak untuk di rolling.
  4. Ratakan, agak sahaja nipis dan bekukan, dah beku baru lah buat bentuk dia, dah buat bentuk baru  goreng (deep fry) sampai warna keemasan,
  5. Bila dah sejuk goreng lagi sekali dlm masa  30-40saat (double fry) dan siap dihidang

Sumber: Jack Art Sdn Bhd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Homemade Hash Brown

Bahan-bahan

  • 1/2 kg kentang, kupas hiris dadu halus, cuci hingga hilang kanji. Tos hingga kering.
  • Goreng dgn sedikit minyak hingga empuk.
  • Alih ke mangkok… dan bubuh:
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 sdt serbuk bawang putih*
  • 1/2 sdt serbuk bawang*
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Hirisan daun ketumbar (optional)

Cara buat Homemade Hash Brown

  1. Gaul semua bahan hingga sebati
  2. Hash brown ni boleh di kepal ikut bentuk yang anda suka atau boleh di canai.
  3. Yang bertanda* Jika tiada boleh di ganti dengab bawang tumbuk halus atau tak letak pun boleh.
  4. Goreng hingga perang dengan api perlahan.
  5. Biarkan garing baru di terbalik.
  6. Minyak jangan banyak yer bila mengoreng.
  7. Baki bole simpan dalam freezer goreng bila perlu.

Sumber: Shuqor Haron dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini mendapat sedikit manfaat untuk anda.

Sekadar tambahan, untuk buat sarapan pagi ala-ala McD, boleh tambah bubur juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment