4 Resepi Bubur Nasi (Menyelerakan, Sedap Dimakan Panas)

Bila demam atau tiada selera, kita akan lebih memilih untuk makan bubur berbanding nasi. Rasa bubur yang hangat dan suam memberikan rasa comfort pada kita, sebab itu bubur nasi dipanggil sebagai comfort food. Di sini kami kongsikan beberapa resepi bubur nasi untuk anda cuba.

1. Resepi Bubur Nasi Kelate

Bahan-bahan sup ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Garam, gula dan perasa
  • Kiub pati ayam

Cara buat sup ayam

  1. Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan hirisan dengan sup bunjut sehingga garing.
  3. Masukkan ayam dan air.
  4. Taburkan garam, gula, perasa dan kiub pati ayam.
  5. Rebus sehingga masak. Angkat ayam dan toskan. Kemudian, carikkan ayam kecil-kecil.

Cara buat bubur nasi

  1. Basuh beras sehingga bersih.
  2. Goreng beras hingga air kering.
  3. Kisar beras hingga hancur dan masak dalam periuk nasi.
  4. Sukatan air dua kali ganda lebih dari masak nasi. Kacau sentiasa sehingga bubur masak.

Bahan-bahan sambal

  • Lada
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
  • Air

Cara buat sambal

  1. Blend semua bahan.
  2. Masak semua di atas dapur.

Bahan-bahan lain

  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • Daging / perut (direbus)
  • Sayuran (tauge, kubis, kangkung)
  • Daun sup, daun ketumbar dan daun bawang
  • Limau nipis
  • Bawang goreng
  • Kacang goreng (ditumbuk hancur)
  • Minyak bawang putih

Sumber: Nor Darwina Che Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bubur Nasi Ala McD

Bahan-bahan

  • 2-3 keping dada ayam
  • 1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 kiub pati ayam
  • Air
  • Minyak bijan
  • Daun bawang (dihiris)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Penambah perasa
  • Lada merah
  • 1 sudu kecil lada sulah

Cara buat bubur nasi

  1. Didihkan air secukupnya. Rebus ayam sehingga empuk.
  2. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan.
  4. Masukkan beras dan masak sehingga beras kembang.
  5. Masukkan lobak ke dalam bubur. Sambil tunggu beras masak, carikkan ayam kecil-kecil.
  6. Apabila bubur sudah masak, masukkan halia. Perasakan dan tambahkan lada sulah.
  7. Masukkan sebahagian ayam yang sudah dicarik dan gaul sebati. Tutupkan api.
  8. Masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan baki ayam, bawang goreng dan cili. Titiskan dengan minyak bijan.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bubur Nasi Thai

Bahan-bahan bubur

  • 2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)
  • 2 liter air
  • 2 ulas bawang putih
  • Kiub pati ayam

Bahan-bahan kuah

  • 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah dan carikkan isi selepas masak)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang serai (dititik)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 liter air
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Bahan-bahan lain

  • Minyak bawang putih
  • Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah tadi)
  • Kangkung (dicelur)
  • Ikan bilis goreng
  • Telur masin
  • Chilli flakes
  • Air lada

Cara buat bubur nasi

  1. Rebus semua bahan-bahan bubur nasi sehingga masak.
  2. Dalam periuk lain, rebus bahan-bahan kuah sehingga masak.
  3. Cedok bubur ke dalam mangkuk, tambah bahan-bahan lain dan tuangkan sup. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Ichi Safitri dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Bubur Nasi Berlauk

Bahan-bahan bubur

  • 2 cawan beras (dikisar)
  • 6 cawan air

Bahan-bahan kangkung goreng belacan

  • Bawang putih
  • Sambal belacan
  • Kangkung
  • Bawang holland
  • Lidi besar merah

Cara buat bubur nasi

  1. Campurkan bahan-bahan bubur dan masak di dalam periuk.
  2. Untuk kangkung, tumus bawang putih sehingga garing. Masukkan sambal belacan dan tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
  4. Goreng dengan api besar, masukkan bahan perisa, cili hiris dan bawang holland.

Bahan-bahan lain

  • Kacang tanah goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Telur masin rebus
  • Bawang goreng
  • Limau nipis
  • Daun bawang

Sumber: Mak Su dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja nak buat bubur nasi ini, kan? Ikut sahaja resepi bubur nasi yang kami kongsikan ini. Senang, dan rasanya pun sedap.

Leave a Comment