Resepi Cheese Tart (Gebu dan Moist Bila Dimakan)


Siapa sahaja yang tidak gemar dengan cheese tart. Pelbagai resepi cheese tart yang telah diolah sesuai dengan citarasa masing-masing. Kuih ini juga popular jika dijadikan sebagai hidangan potluck kerana mudah untuk dimakan.

Izinkan kami berkongsi dengan resepi ini.

1. Resepi Cheese Tart Cikgu Liza

Bahan-bahan

Shell Crust(45 biji shell acuan 5.5cm)

  • *3 1/4 cup tepung gandum (The Baker’s Choice)
  • *80gm mentega (Lurpak Slightly Salted)
  • *170gm marjerin (Planta)
  • *1 biji telur gred A
  • *1/3 cup gula kastor (CSR)
  • *1/2 tsp esen vanila

Cream Cheese(45 biji cheese tart 5.5cm)

  • *750gm cream cheese (Philadephia
  • *1 cup gula icing (CSR)
  • *1 1/2 tsp esen vanila
  • *6 tbsp telur sejuk (2 biji telur gred A yg dibuang punatnya,pukul bagi rata,kemudian sukat guna sudu sukatan)

Cara buat cheese tart

Shell Crust(45 biji shell acuan 5.5cm)

  1. Satukan mentega,marjerin dan gula kastor. Gaul rata hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.Kemudian uli dengan tangan.
  4. Bulat-bulatkan adunan anggaran berat 18-20gm.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan tart yang telah dilengserkan dengan marjerin terlebih dahulu dan ratakan mengikut bentuk acuan.(Bahagian lebihan sebelah atas boleh ratakan guna hujung pisau)
  6. Bakar adunan pada suhu 170°c selama 25 minit.(Panaskan ketuhar 10 minit dahulu sebelum membakar adunan)
  7. Biarkan lebih kurang 15 minit baru keluarkan dari acuan.

Cream Cheese(45 biji cheese tart 5.5cm)

  1. Pukul cream cheese sehingga licin, lembut dan berkilat menggunakan mesin pengadun. (Jangan terlebih pukul, nanti cair adunan cukup sehingga cream cheese rata dan tidak berketul)
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul seketika hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul dalam 10-15 saat sahaja.
  4. Paipkan adunan cream cheese ke dalam shell crust yang telah siap dibakar tadi dan diletakkan filling pilihan.(Filling Cikgu Liza beli di kedai bahan bakeri perisa blueberry,stawberry & nutella)
  5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 7 minit.(Pastikan ketuhar telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu)
  6. Setelah siap, bolehlah dihias di atasnya.Tak nak hias pun tak mengapa.
    *Enak dimakan jika disejukkan dalam peti sejuk seketika.

Sumber: Nor Azaliza Tarmizi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Inti Cheese Tart

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 4sdt gula aising
  • 1sdt buttercup
  • Sebatikn semua bahan atas dulu
  • Esen vanilla
  • 1bji kuning telur

Cara buat intti cheese tart

  1. Mix sekejap hingga sebati, masuk dalam piping beg.
  2. Sebelum nk pipe adunan cheese, pipe dulu coklat nutella.
  3. Panaskn oven 160, 8 minit.
  4. Siap.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Cheese Tart Buncit

Bahan-bahan

Shell Tart 
  • 125gm majerin/butter
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 400gm tepung gandum
  • Esen Vanilla

Filling Cheese

  • 500gm cream cheese dari peti sejuk
  • 100gm gula kastor
  • 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
  • 2 sdb butter
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

Inti

  • Apa-apa filling kegemaran

Cara buat cheese tart buncit

Shell Tart
  1.  Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan sebatikan.
  2. Kemudian masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
  3. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
  4. Bulatkan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
  5. Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
  7. Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.
Filling Cheese
  1. Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
  2. Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
  3. Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
  6. Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping, bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
  7. Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betulkan sedikit.
  8. Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
  9. Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Sumber: Norsiah Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Kami turut menyediakan resepi tart cadbury untuk anda cuba dirumah. Semoga perkongsian resepi kali ini meberi sedikit idea untuk anda.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment