3 Resepi Dalca Sayur Sedap (Cara Buat & Masak Simple)

Dalca sayur atau kuah dal memang enak dimakan bersama dengan nasi panas atau roti canai. Kali ini kami ingin kongsikan resepi dalca sayur untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Dalca Sayur

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan isi

  • Terung,
  • ubi keledek, ubi kentang, l
  • obak merak,
  • tomato,
  • cili merah besar

Cara nak buat dalca sayur

  1. Rebus kacang dal hingga empuk dan kisar kasar kacang dal.
  2. Tumis bahan kisar dengan bunga lawang , kulit kayu manis.
  3. Masukkan serbuk kari daging 3sudu , tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan kacang dal.
  5. Masukkan bahan sayur yang keras dulu (kentang, ubi keledek, lobak merah) dah empuk baru masukkan terung, cili merah, tomato.
  6. Perasakan  dengan air asam jawa, garam, gula perang, sedikt kiub ikan bilis.
  7. Dah siap.

Sumber: Siti Aieshah Kamarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Dalca Sayur FY

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk tulang ayam
  • 1 kotak santan – jadikan 3 cawan santan
  • 1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili merah– potong 2
  • 4 biji kentang – belah 4
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 4 btg kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit garam

Bahan dihiris

  • 2biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat dalca sayur

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Fauziah Yahya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Dalca Sayur dan Daging

Bahan-bahan

    • 600gm daging
    • 5 sudu besar ketumbar
    • 4 sudu besar serbuk cili
    • 1sudu besar jintan manis
    • 1inci kayu manis
    • 1sudu besar jintan putih
    • 3 kuntum cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • 4 ulas bawang merah dimayang
    • 1 inci halia dimayang
    • 2 labu bwg putih dimayang
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 cawan kacang dal direbus
    • 4 biji terung bulat
    • 5 biji kentang
    • 2 biji mangga muda
    • 3 biji tomato
    • 3 biji cili muda
    • 3 batang carrot
    • 1 kg santan
    • 1 genggam cili kering
    • Garam dan asam jawa secukupnya

Cara buat dalca sayur dan daging

  1. Bersihkan daging,siang sesuka hati dan rebus sekejap, terung kentang tomato carrot cili muda dan mangga dibelah ikut citarasa bersihkan dan tos.
  2. Ketumbar cili kering jintan manis kayu manis jintan putih cengkih sebaiknya direndang dulu tanpa minyak sebelum di kisar.
  3. Panaskan minyak 5 sudu besar kemudian tumiskan bahan yang dimayang tadi bila dah naik bau masukkan bahan yang digiling tadi biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan santan,garam dan air asam jawa, lepas tu masukkan daging kacang dal.
  5. Bila dah menggelegak masukkan kan semua sayuran tadi,bila daging dan sayuran dah empuk boleh diangkat dan dihidangkan.

Sumber: Jaja Haiza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sekian sahaja perkongsian resepi dalca sayur pada kali ini.

Kalau mahu buat untuk ayam, boleh cuba resepi dalca ayam pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment