4 Resepi Sagu Gula Melaka (Sedap, Manis & Berlemak)

Kebelakangan ini, semakin bertambah orang yang menjual sagu gula melaka. Anda boleh jumpa di pasar malam atau gerai yang menjualnya. Tetapi kadang-kadang, masa kita nak beli tiada pula yang menjualnya. Jadi kami kongsikan resepi sagu gula melaka untuk anda cuba buat.

Jom kita tengok.

1. Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Jagung

Bahan-bahan

  • Sagu
  • Pewarna
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu gula merah
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cubit garam
  • 1/2 tin air
  • Isi jagung

Cara buat sagu gula melaka

  1. Masak sagu sehingga kembang menjadi jernih.
  2. Cuci sagu dan letak pewarna. Biarkan selama 20 minit dan cuci lalu bawah air paip.
  3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air, gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung dan garam. Masak seketika.
  4. Akhir sekali, campurkan semua. Sejukkan dan boleh dihidang.

Tips: Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan sagu supaya sagu tidak hancur.

Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 500g sagu
  • 2 liter air
  • Pewarna
  • Gula melaka
  • Gula merah
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Air
  • Gula kabung
  • Susu cair

Cara buat sagu gula melaka

  1. Didihkan air dalam periuk nasi. Masukkan sagu dan kacau sekali sekala.
  2. Apabila sagu sudah separuh masak, kacau dan letakkan pewarna yang diinginkan.
  3. Kacau dan tutup lagi sehingga periuk nasi bertukar kepada ‘warm’. Biar sehingga sagu menjadi jernih.
  4. Ambil sagu dan masukkan ke dalam tapis dan lalukan air paip sambil membuang lebihan kanji dan biji hitam.
  5. Masak gula melaka, gula merah, daun pandan, garam, gula kabung dan air.
  6. Masukkan susu cair dan masak seketika.
  7. Campurkan dengan sagu dan sejukkan. Boleh dihidang sejuk.

Sumber: Mimee Ismael dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Sagu Gula Melaka Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Susu Cair

Cara buat sagu gula melaka

  1. Masak sagu sehingga sagu jernih.
  2. Tambahkan air, masak sehingga sagu kembang dan sejukkan.
  3. Tuang sagu ke dalam loyang dan letakkan pewarna yang disukai.
  4. Masak gula melaka dan gula pasir mengikut tahap kemanisan yang anda suka.
  5. Campurkan gula yang telah dimasak, sagu dan susu cair.
  6. Sejukkan di dalam peti dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Iffy Iruzza dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Sagu Gula Melaka Santan

Bahan-bahan

  • 2 cawan sagu (direndam 1/2 jam)
  • 5 cawan air (boleh tambah jika perlu)
  • Sedikit gula
  • Daun pandan (disimpul)
  • Pewarna

Cara buat sagu gula melaka

  1. Bersihkan sagu, masak sagu ketika air mendidih.
  2. Kacau sentiasa sehingga sagu kembang dan jernih.
  3. Masukkan pewarna dan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan kuah sagu

  • 2 tin susu cair @ santan
  • 2 cawan air
  • Daun pandan (disimpul)
  • 4 keping gula melaka
  • Gula pasir
  • Gula melaka serbuk

Cara buat kuah sagu

  1. Panaskan susu cair @ santan.
  2. Masukkan air dan daun pandan. Masak sekejap.
  3. Dalam periuk lain, masukkan sedikit air, semua gula dan daun pandan.
  4. Masak hingga gula cair dan pekat.
  5. Campurkan sagu, campuran gula dan kuah santan. Boleh dihidangkan sejuk.

Sumber: Nurul Suhaila Lela Kembar dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Senang sahaja kan sebenarnya nak buat sagu gula melaka ini bukan?

Hanya ikut sahaja resepi yang kami kongsikan ini.

Jika suka yang manis-manis, boleh juga cuba pengat pisang dan pengat labu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment