4 Resepi Pengat Pisang Simple (Letak Sagu Pun Sedap)

Jika anda masih mencari idea untuk minum petang, kami cadangkan anda untuk membuat pengat pisang. Mudah sahaja nak buat yang penting kena ada pisang. Jom baca resepi pengat pisang ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pengat Pisang Nangka

Bahan-bahan

  • Pisang nangka
  • Gula kabung/kerek
  • Santan
  • Daun pandan
  • Garam
  • Sagu

Cara buat Pengat Pisang Nangka

  1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali pisang & sagu, api slow takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik.
  2. Apabila santan dah mendidih masukan pisang dan sagu.
  3. Masak sampai pisang lembut.

Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pengat Pisang dan Sagu

Bahan-bahan

  • 5 biji pisang berangan dibelah dua
  • 1 kotak santan KARA
  • 1 biji ketul gula melaka
  • 1/2 senduk gula putih
  • 1 simpul daun pandan
  • 5 sudu besar sagu yang telah direndam

Cara buat Pengat Pisang

  1.  Campur kesemua bahan kedalam periuk.
  2.  Panaskan periuk dan kacau sekali sekali sampai mendidih.
  3. Bila pisang sudah lembut, tutup api.
  4. Siap! Bolehlah dihidangkan.

Sumber: Nur Hamizah Bakhtiar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Pengat Pisang Manis Berlemak

Bahan-bahan

  • Pisang nangka yang lembut
  • Biji sagu
  • Gula Melaka
  • Gula pasir
  • Santan segar
  • Susu tin cair
  • Daun pandan

Cara buat Pengat Pisang Manis Berlemak

  1. Didihkan air, masukkan gula melaka hingga cair. Masukkan juga gula pasir ikut selera memasing nak manis.
  2. Kepalkan biji sagu. Basuh dahulu. Kepalkan bulat-bulat.  Nak tabur pun boleh.
  3. Dah masak jernih biji sagu, masukkan pisang yang dah dipotong-potong dan santan segar. Letak juga susu tin cair sedikit untuk bagi berlemak.
  4. Jangan lupa masukkan daun pandan sikit untuk bau yang harum.
  5. Sederhana kan api dapur supaya santan tak pecah. Kacau-kacau kuah sampai mendidih. Dah siap.

Sumber: Mamaa Sal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Pengat Pisang Nipah dan Tepung Gandum

Bahan-bahan

  • Gula melaka
  • 3 cawan air
  • Santan
  • 3 biji pisang nipah
  • Garam
  • Tepung gandum

Cara buat Pengat Pisang Nipat dan Tepung Gandum

  1. Cairkan seketul gula melaka + 3 cawan air.
  2. Masukkan santan setengah kotak.
  3. Masukkan 3 biji pisang nipah yg dah dipotong bulat dan secubit garam.
  4. Untuk tepung bancuh tepung gandum + garam + air. Bancuh macam nak buat cekodok.
  5. Selepas itu sudukan dalam kuah yang sedang mendidih (api kecil). Biar dalam 2 minit, baru kacau perlahan, dah masak tutup api.

Sumber: Mai Siti dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak susah pun kan resepi ini, anda ikut sahaja resepi yang kami kongsikan ini confirm jadi!

Jom baca resepi pengat ubi kayu ini.

Leave a Comment