7 Resepi Waffle Mudah (Ada Pelbagai Perisa)

Jom cuba resepi waffle yang mudah dan sedap ini. Asyik keluar duit sahaja, apakata anda buat sendiri waffle ini boleh jimat duit kan? Lagipun alat pembuat waffle pun boleh beli dengan harga serendah RM30 sahaja di online.

Jom baca!

1. Resepi Waffle

Bahan-bahan

  • Tepung cap ros 4 cawan
  • Baking powder 4 sudu teh
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Telur gred c 3 biji
  • Air sejuk peti 3 cawan (boleh campur susu segar)
  • Essence vanilla 1 sudu besar
  • Gula 4 sudu besar
  • Garam secubit
  • Minyak @ butter cair 2/3 cawan

Cara buat Waffle

  1. Masukkan semua bahan, adun dengan air sikit sikit sampai tak berketul..
  2. Ayak dulu tepung, asing telur putih dengan kuning, putar dulu telur putih.
  3. Oleskan pan waffle anda dengan butter, selepas itu panaskan hingga berasap dan dah boleh mula mewaffle pilihan spread choclate, peanut, blueberry jam, kaya, madu, ais cream so on.

Sumber:Hafizah Mohd Noh dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Waffle Extra Crispy

Bahan-bahan

  • 3 cwn rising flour
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 sudu butter/canolla spread
  • 2 Biji Telur
  • 3 sudu gula
  • 1ts baking powder
  • 1 ts baking soda
  • 1ts garam
  • 1 cwn susu fresh
  • 1 cwn air
  • 1 Sb essen vanilla

Cara buat Waffle Extra Crispy

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Letakkan acuan pada alat pembuat waffle.

Sumber:Nur Nadzirah Shahrul Nizam dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Waffle Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung Gandum 3cwn
  • Gula 3sdb
  • Minyak jagung 1cwn
  • Tepung Jagung 1sdb..
  • Garam sedikit..
  • Telur 2 biji gred A
  • Susu tepung 2sdb
  • Esen Vanilla 1sdk
  • Baking Powder 1sdk
  • Air sejuk peti ais 2cwn setengah
  • Soda bikarbonat 1sdk

Cara buat Waffle Mudah

  1. *Satukan semua bahan. Kacau bagi sebati.
  2. Perap dalam 1jam paling cepat.
  3. Panaskan acuan waffle. Sapu marjerin atau minyak. Curah adunan tadi 4-5minit dah masak.
  4. Boleh keluarkn dan sapu jem.

Sumber:Pn Habsah Ngah dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Waffle Rangup Di luar Lembut Di dalam

Bahan-bahan

  • 2cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan minyak
  • 1biji telur
  • 1 1/2 sudu baking powder
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam

Cara buat Waffle Mudah

  1. Dah siap perisakan ikut kesukaan.
  2. Selamat mencuba.

Sumber:Zalia Zalia Kosmetik dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Waffle Rangup Gebu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 2 1/2 cawan air sejuk
  • 1 cawan minyak masak
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur segar gred C

Cara- buat Waffle Rangup Gebu

  1. Asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Di dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur lalu kacau rata.
  3. Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga menjadi “soft-peak meringue”.
  4. Kaup balikkan meringue yang dipukul sebentar tadi ke dalam adunan tepung dan kacaukan sehingga rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
  5. Panaskan “waffle maker”.
  6. Untuk setiap keping waffle, perlukan 2 senduk adunan.
  7. Selepas itu, ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan-lahan supaya adunan tidak meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
  8. Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing? Lampu di atas penutup waffle maker akan menyala warna oren.
  9. Apabila waffle sudah masak. keluarkan menggunakan penyepit.
  10. Letakkan di atas pinggan dan sapukan inti yang digemari.

Sumber:Nanie SulongdariMasak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Waffle Rangup & Lembut

Bahan-bahan

Bekas pertama:

  • 1 cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 cawan tepung kek
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu besar garam
  • ½ sudu besar esen vanilla

Bekas kedua:

  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu besar gula

Cara buat Waffle Rangup & Lembut

  1. Masukkan mentega dalam kuali dan cairkan. Kemudian campurkan mentega yang dicairkan tadi bersama 1 cawan air dan kacau.
  2. Campurkan kuning telur bersama bancuhan tadi bersaama dengan minyak jagung.
  3. Masukkan pula tepung jagung, tepung kek, garam dan esen vanilla dan gaul sebati.
  4. Dalam bekas yang asing, masukkan putih telur dan gula lalu kacaukan sehingga menjadi “soft meringue” dan tidak cair.
  5. Masukkan adunan meringue tadi dalam bekas pertama tadi lalu kacau sehingga menjadi adunan yang cair.
  6. Sendukkan adunan ke dalam “waffle maker” yang panas dan ratakan.
  7. Tutupkan waffle maker tersebut dan angkat waffle menggunakan penyepit.
  8. Sapukan waffle dengan topping kegemaran anda!

Sumber:Faidhi BadridariMasak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Waffle Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila

Cara buat WaffleSimple

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam dalam satu bekas dan kacau sebati.
  2. Kemudian, campurkan susu segar,minyak, esen vanilla dan telur dalam bekas yang berasingan dan gaulkan rata menggunakan “whisk”.
  3. Campur bahan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  4. Biarkan adunan seketika selama 15-30 minit.
  5. Sapukan butter/planta pada waffle maker.
  6. Tuangkan 2 senduk bancuhan.
  7. Masak hingga waffle garing.

Sumber:Nonie NuardariMasak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi waffle ini. Jangan lupa cuba nanti.

Jom cuba pula resepi pancake yang cukup mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment