4 Resepi Jem Nenas (Ada Homemade & Inti Kek Gulung)

Anda mencari resepi jem nenas? Ye lah kalau beli di luar boleh tahan juga harganya, jadi kami cadangkan anda buat sendiri sahaja jem nenas. Di sini kami kongsikan resepi jem nenas untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Jem Nenas

Bahan-bahan

  • 4 cawn nenas (sukat yang dah diblend @ parut)
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sdb planta
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara buat Jem Nenas

  1. Masukkan nenas yang diblend ke dalam rice cooker.
  2. Masak sampai kering, baru masukkan gula.
  3. Kacau sikit masak lagi sampai kering dan letak bunga cengkih, kacau, letak planta kacau dan masak sampai berkilat.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nenas Homemade

Bahan-bahan

  • 6 biji nenas (jangan terlalu masak atau muda)
  • 1 kilo gula
  • 1 sdt garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sdb butter

Cara buat Nenas Homemade

  1. Kupas kulit nenas dan buang semua mata. Kemudian parut.
  2. Masuk dalam kuali bersama daun pandan. didihkan dengan api sederhana. Kacau selalu ye.
  3. Bila hampir kering masukkan gula dan garam. Kacau lagi. Bila agak kering perlahankan api.
  4. Kemudian masukkan butter. Kacau je sampai betul kering. Sebab kena kacau selalu takut hangit.
  5. Dah siap sejukkan. Boleh simpan dalam bekas.

Sumber: Azza Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Jem Nenas Homemade Cara Mak Jaimah

Bahan-bahan

  • 8 biji nenas (saiz sederhana, tidak terlalu masak)
  • 1/2 kg gula (x terlalu manis)
  • 1 sdk garam
  • 1 btg kayu manis

Cara buat Jem Nenas Homemade Cara Mak Jaimah

  1. Kupas kulit nenas dan buang mata. Cuci bersih dan potong kecil. Kemudian parut.
  2. Masa blander tu tekan sikit guna senduk kayu. Supaya mudah hancur. Tidak perlu tambah air ya.
  3. Kemudian tapis. Buang air nenas yang sudah di blender. Supaya bila masak tak ambil masa yang terlalu lama utk jem kering.
  4.  Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Masuk bersama kulit kayu manis dan gula. Didihkan dengan api sederhana. Jangan lupa kacau selalu ye. Takut hangit.
  5. Bila hampir kering masukkan sedikit garam serta sedikit pewarna kuning. Kacau lagi. Bila agak kering perlahankan api. Kacau lagi sehingga betul kering.
  6.  Bila dah puas hati tahap kekeringan yang dimahukan, boleh padam api. Dah siap sejukkan. Boleh simpan dalam bekas.

Sumber: Ninie Zurainie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kek Gulung Jem Nenas

Bahan-bahan

  • 6 biji telur gred B
  • 100g tepung gandum (diayak dua kali)
  • 90g gula
  • 1 sudu besar ovelate
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu kecik baking powder (diayak)
  • 2 sudu susu tepung
  • 100g minyak sayuran atau butter yang dicairkan
  • Secubit garam
  • Jem nenas

Cara buat Kek Gulung Jem Nenas

  1. Mesin telur, ovelate, gula dan esen vanilla sehingga kembang dengan kelajuan yg tinggi, bila dah kembang masukkan tepung yang diayak, baking powder, susu tepung dan pewarna atau perisa kemudian mesin sehingga berkilat dan ringan adunan tadi.
  2. Last sekali letakkan minyak sayuran/butter yang telah dicairkan dalam adunan dan sebatikan dengan cara kaup balik sehingga sebati, dan bakar pada suhu 150c atau sehingga masak, ketebalan sebelum bakar lebih kurang 2 cm. Dah bakar naik jadi 3cm setengah.

Sumber: Normilawati Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi yang kami kongsikan di atas. Jangan lupa cuba dirumah.

Jom baca lagi resepi acar limau.

Selamat mencuba!

Leave a Comment