3 Resepi Telur Bistik (Sangat Simple, Mudah dan Berkhasiat)

Kalau dah kering idea menu tak tahu nak masak, apa kata cuba resepi telur bistik. Resepi yang sangat mudah tapi cukup menyelerakan. Jom kami kongsikan beberapa resepi telur bistik untuk anda.

1. Resepi Telur Bistik Koboi

Bahan-bahan

  • 5-6 biji telur(goreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • Sedikit halia hiris
  • 8-10 biji cili padi potong tengah
  • 1/2 cawan mix vegetable
  • 1 1/2 senduk sos cili
  • 1 cawan air (suka kuah lebih boleh tambah 1/2 cawan)
  • 1/2 sdb gula (boleh tambah jika suka)
  • 2 sdt garam
  • Perasa jika perlu
  • 1 senduk minyak masak

Cara buat telur bistik koboi

  1. Panaskan minyak tumis bahan hiris dan cili hingga naik bau. Masukkan sos cili.
  2. Tumis hingga naik minyak dan masukkan sayur campur(mix vegetable). Kacau sebati dan masukkan air.
  3. Apabila menggelegak masukkan telur, garam, perasa dan sesuaikan rasa. Bila agak pekat tutup api.
  4. Sedia dihidang. Tabur daun sup atau daun bawang.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Telur bistik

Bahan-bahan A – Telur Goreng

  • 3 – 4 biji telur
  • Sedikit garam
  • Lada sulah
  • 2 sudu besar air sejuk

Bahan-bahan B – Sos Bistik

  • 1 biji bawang Holland didadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 batang serai dititik
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • Cili api potong jika suka
  • Sedikit air

Cara buat telur bistik

  1. Panaskan kuali dengan kuantiti minyak yang banyak – lebih kurang semangkuk
  2. Telur dipukul sebati dengan semua bahan.
  3. Tinggikan kedudukan mangkuk berisi telur dan curah ke dalam minyak yang betul-betul panas.
  4.  Kerapkan bermain api, besarkan kecilkan supaya telur garing rangup dan masak elok. Boleh diangkat dan toskan menggunakan jaring.
  5.  Tumis bawang Holland, bawang putih dan serai sehingga garing dan naik bau.
  6.  Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula serta sedikit perasa.
  7.  Tambah sedikit air dan masukkan sayur campur
  8. Sesuaikan kepekatan dengan rasa yang lengkap masin masam manisnya.
  9.  Curah diatas telur goreng dan sedia dihidang.

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Telur bistik mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan Isi ayam di potong dadu
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili padi (potong kecil)
  • 1/2 cawan Frozen mixed vegetables
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Gula dan Garam untuk rasa.

Cara buat telur bistik mudah

  1. Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
  3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  4. Masukkan Frozen mixed vegetables, cili padi dan ayam. Tunggu sehingga masak.
  5. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  6. Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.

Sumber: Umi Watie dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Telur boleh diolah dengan pelbagai resepi yang mudah. Jangan lupa cuba resepi yang mudah ini dirumah.

Leave a Comment