4 Resepi Carrot Cake Moist (Simple, Guna Sukatan Cawan)

Jika anda merupakan penggemar kek, resepi carrot cake merupakan kek yang mudah nak buat. Nampak eksklusif tapi bahan-bahan yang digunakan amat mudah nak cari.

Jom kami kongsikan resepi kek ini.

1. Resepi Moist Carrot Cake

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan butter
  • 1/4 cawan vegetable oil
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan tepung kek
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 1/2 sk serbuk nutmeg
  • 1 cawan parutan carrot
  • 1 cawan pecan dicincang kasar
  • 1/2 cawan kismis dicingang kasar
  • Secubit garam

Cream Cheese Frosting simple

  • 1 tube cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat @ ikut manis yg digemari

Cara buat Moist Carrot Cake

  1. Putar butter gula perang dan vegetable oil hingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi. Tambahkan tepung dan bahan lain.
  2. Bakar pada suhu dan masa yang sesuai hingga masak.
  3. Oven suhu 170dg 25mnt.

Sumber: Humairah Al-Hamra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Premium Carrot Cake

Bahan-bahan

  • 2 biji telur gred A
  • ½ cawan pure butter dicairkan (Golden Churn)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh bikarbonat soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 sudu teh serbuk kayu manis
  • ¾ cawan tepung gandum
  • 1 cawan lobak diparut
  • 1 cawan walnut dicincang kasar
  • 1 cawan kismis dicincang kasar
  • Frosting
  • 250-350g cream cheese
  • 125g icing sugar
  • 125g butter (optional)

Cara buat Premium Carrot Cake

  1. Bakar 180 selama 20-30 minit.
  2. Kukus 15-20 minit.
  3. P.S. : Pure butter tu suggest golden churn atau lurpak best.

Sumber: Mitta Arfita Mokthar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Walnut Carrot Cake

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram gula perang
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 cawan walnut – panggang seketika dan cincang kasar
  • 2 cawan karot – parut kasar
  • 1 cawan kismis – optional

Cara buat Walnut Carrot Cake

  1. Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
  2. Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
  4. Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.
  5. Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek.
  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
  7. Tapi resepi creamcheese saya tukar, tidak guna butter sebab  tak suka rasa creamcheese campur butter.
  8. 500 gm creamchese, 1cawan gula icing putar sampai sebati dan lembut.
  9. 300 fresh cream putar asing, dah kembang masukkan campuran creamcheese and gula icing tu and mix sebati.

Sumber: Wan Zuulaiha Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Carrot Cake Mudah

Bahan-bahan

  • 200g gula castor
  • 4 biji telur

Ayak

  • 250g tepung gandum
  • 1sk baking soda
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Cream cheese

  • 250g cream cheese tatura
  • 100g gula aising
  • 100g butter
  • Kacang croqant
  • 50g almond nib
  • 50g gula castor

Cara buat Carrot Cake Mudah

  1. Pukul sampai kembang.
  2. Masukkan sedikit2 bahan yang diayak dan pukul dalam bancuhan tadi.
  3. Masukkan 1/4 sk garam dan pukul sebentar.
  4. Sagat sebiji carrot – size besar.
  5. Stgh cawan kacang walnut -patahkan kecil.
  6. Satu kotak kismis lego.
  7. Semua bahan ni masukkan dalam bancuhan tadi dan kacau sebati.
  8. Masak bakar dalam loyang rendah 7 inci.
  9. Bakar dalam 3 loyang dapat 3 layer carrot cake. Sebab tu tinggi.
  10. Bakar 170’c selama 15 ke 20 minit.

Cream cheese

  1. Masak sampai warna keperangan dan gula cair.
  2. Masukkan satu dulu butter dan kacau sebati.

Sumber: Nurmasdiana Salim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea untuk anda.

Jom lihat resepi kek yang lain, resepi vanilla cake yang mudah nak buat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment