4 Resepi Kuih Lapis (Nak Mudah Guna Sukatan Cawan)

Sekarang  ini kuih lapis jarang dah kan kita nampak jual di kedai? Mungkin sebab cara membuatnya agak sedikit renyah. Tapi jangan risau kami akan tolong hilangkan craving anda. Resepi kuih lapis ini kamis sediakan untuk anda.

Jom kita try!

1.Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 11/4 gula
  • 41/2 cwn santan segar
  • Sedikit sirap ros (kalau nak terang letak pewarna merah sikit)
  • Sedikit garam

Cara buat Kuih Lapis

  1. Letak semua bahan ni di dalam bekas yang besar, kacau sebati dan tapis.
  2. Bahagi kepada dua bahagian merah dan putih (850ml satu bahagian)
  3. Kami guna cawan minum teh.
  4. Guna api sederhana.
  5. Loyang saiz 8 “sapu minyak (kukus dahulu)
  6. Tuang dulu lapisan putih (4 minit) diikuti lapisan merah (4 minit) ulang smpai habis dan kena rajin lap penutup.
  7. Bahagian yang last sekali kukus 15 minit (kena rajin lap tudung)
  8. Selepas itu buka tudung kukusan, buka api besar untuk keringkan air atas lapisan kuih lapis tadi selama 8 minit dan siap.
  9. Tunggu betu-betul  sejuk baru boleh potong kuih.
  10. Guna pisau plastik dan sapu sedikit minyak pada pisau, baru kita potong kuih nampak cantik.

Sumber: Suzana Nurkasih dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Lapis Pelangi

Bahan-bahan

  • Loyang 10×10
  • 250gm tepung ubi
  • 250gm tepung beras 3 gajah atau teratai
  • 100gm tepung gandum cap kunci
  • 150gm tepung jagung
  • 500gm gula pasir
  • Daun pandan 3 helai
  • Garam
  • 1000ml air
  • 600ml santan/2bijj kelapa perah dn sukat 1600ml

Cara buat Kuih Lapis Pelangi

  1. Gula daun pandan dan 1/3 air/santan dimasak hingga larut. Tak perlu nak mengelegak sangat, dan baki lagi santan dibancuh dengan smua tepung, dan tapis.
  2. Setelah gula larut panas-panas jugak masukkan dalam bancuhan tepung. Kacau sebati.
  3. Kemudian bahagikan 6 mangkuk. Panaskan pengukus. Pastikan air mengegelagak.
  4. Mula melapis 6 minit sekali. Api besar. Masa nak lapis jangan curah laju, perlahan je. Lagi nak selamat tahan dengan senduk atau spectula. Kukus sampai 6 bahagian selesai, dan last sekali tu kukus 15minit. Siap.
  5. Biar sejuk dulu baru potong.
  6. Kuih lapis ni nk sedap. Santan biarlah pekat.

Sumber: Mariyam Rivera Menado dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Lapis (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

  • 2 cawan. Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam

Cara buat Kuih Lapis (Sukatan Cawan)

  1. Satukan semua bahan dan blend bersama.
  2.  Setelah siap bahagi kepada 2 bahagian:
    a – Satu bahagian letak pewarna
    b – Satu bahagian biarkan putih
  3.  Oles bekas dengan minyak/marjerin untuk mudah keluarkan.
  4. Kukus selapis-selapis selama 7 minit.
  5. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.

Sumber: Norhariati Yati Ahmat dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Kuih Lapis Hijau Ombre

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung ubi
  • secubit garam
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan santan
  • pewarna ikut suka

Cara buat Kuih Lapis Hijau Ombre

  1. Campurkan semua bahan, kemudian tapis.
  2. Bahagikan kepada beberapa bekas.
  3. Letak pewarna ikut suka.
  4. Acuan sapu sedikit minyak.
  5. Air kukusan betul mendidih, kukus selapis  anggaran 3 minit.
  6. Lapisan akhir kukus 10 – 15 minit.
  7. Sejukkan dulu baru keluarkan kuih.

Sumber: Zura Zul dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Sekarang dah tahu kan nak resepi kuih lapis ini, kena penuh dengan kesabaran. Jangan lupa buat okay!

Kami juga anda kongsikan kuih Melayu yang lain, jom semak resepi kuih kuih kaswi pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment