4 Resepi Ayam Goreng Mamak Simple (Rangup Bila Makan)

Siapa sahaja yang tidak suka dengan ayam goreng, nak-nak lagi dapat makan yang baru siap digoreng memang terangkat habis. Kali ini kami ingin kongsikan resepi ayam goreng mamak yang rangup dan berempah. Tak sah kalau datang kedai mamak tak order ayam goreng. Rugi!

Jom baca resepi ini.

1. Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam, bersihkn..
  • 2 cawan Tepung Jagung *
  • 3 sdb Tepung Beras *
  • 1 sdb serbuk Kari Daging *
  • 1 sdb Jintan Manis *
  • 1 sdb Jintan Putih *
  • 1 sdb Maggi Cukup Rasa *
  • 2 biji Telur *
  • 2 inci Halia – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam & Ajinomoto *
  • Sedikit Air *
  • Pewarna oren & merah
  • Beberapa helai Daun Kari

Cara baat Ayam Goreng Mamak Style

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan yang bertanda (*) & bahan-bahan kisar gaulkan sebati dengan air sedikit jangan pekat sangat jangan cair sangat.
  2. Masukkan ayam & perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak, boleh mula goreng ayam masuk ayam sekali masuk 6 helai daun kari goreng sampai garing & wangi.
  4. Angkat ayam & daun kari sekali.
  5. Masuk lagi ayam & daun kari, goreng garing & wangi.
  6. Ulang goreng sampai ayam habis.

Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Goreng Mamak Marvelous

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 200 g
  • Tepung jagung 300g
  • Tepung beras 100g
  • Sedikit kapur
  • Halia blender
  • Bawang putih blender
  • Serbuk cili/ boleh pakai cili blender
  • Kunyit serbuk
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk kari
  • Telur
  • Garam
  • Perasa pakai tumix
  • Aji
  • Daun kari
  • Pewarna oren ( dlm gmbar)

Cara buat Ayam Goreng Mamak Marvelous

  1. Ice ketul beberapa ketul jangan banyak sebab kita nak perapan still pekat (masukkan dan gaul dalam perapan sampai ice cair sebelum menggoreng untuk effect rangup dan krispy.
  2. Perap paling kurang 15 minit.
  3. Kalau perap sejam lagi sedap sebab bahan rempah perapan dah masuk dalam ayam.
  4. Nak lagi effect rangup masa nak goreng masukkan ice beberapa ketul dalam perapan ayam.
  5. Gaul ice dalam perapan sampai ice cair (ini untuk effect rangup dan crispy) barulah digoreng.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara buat Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Sumber: Qhamcyahh Hidayat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Daun Kari
  • Tepung Jagung
  • Tepung Beras
  • Serbuk Kari
  • Lada Sular
  • Cili Powder
  • Telur 1 biji
  • Garam dgn Aji

Cara buat Ayam Goreng Mamak

  1. Gaulkan semua bahan di atas dan perap selama 1-3 jam.
  2. Siap.

Sumber: Hiền Sang dari

 

Akhir kata

Terliur betul kan resepi ayam goreng mamak ini. Dapat makan sekali dengan nasi kandar memang padu!

Jom baca resepi ayam geprek resepi popular asal dari Indonesia.

Selamat mencuba!

Leave a Comment