4 Resepi Ayam Geprek (Pedas dan Rangup)

Antara makanan Indonesia yang cukup popular di Malaysia ialah Ayam Geprek. Resepi yang cukup mudah ini hanya dihidangkan dengan nasi putih, ayam goreng tepung dan sambal geprek yang cukup pedas. Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi ayam geprek yang cukup mudah ini.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy

Bahan-bahan

  • 15 btg Cili padi
  • 2 btg Cili besar
  • 3 biji Bawang putih
  • 6 biji Kacang gajus (ikut selera masing)
  • olive oil
  • Tauhu
  • Gula
  • Garam
  • Timun

*grill cili padi,cili besar,bawang putih dan kacang gajus

Ayam Geprek Berempah

  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil gula
  • secubit garam
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil tepung gandum

Cara-cara buat Ayam Geprek Berempah Extra Spicy

  1. Blend semua bahan diatas kecuali tepung.
  2. Perap ayam dalam 30min sebelum goreng.

Sambal geprek

  1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung.
  2. Lumatkan semua bahan tu guna lesung.
  3. Masukkan cili besar, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat.
  5. Gaul rata.
  6. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
  7. Siap.

Sumber: Puteri Hana Sofia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Ayam Geprek Mudah

Bahan-bahan

Ayam goreng salut tepung

  • Secawan tepung bestari spicy
  • Secawang tepung beras
  • Secawan air

Sambal

  • 5btg lada merah besar
  • Segenggam cili api/cili burung
  • Bawang putih 2ulas
  • Garam sikit

Cara buat Nasi Ayam Geprek Mudah

Ayam goreng salut tepung

  1. Satukan semua bahan dan masukkan ayam.
  2. Dalam tuppeware bertutup, masukkan secawan tepung bestari spicy, secawan tepung beras dan secawan tepung jagung.
  3. Ayam yg dicelup dalam bahan gam diatas tadi, masukkan pulak dalam tupperware berisi 3jenis tepung. Tutup dan goncang sampai ayam semua bersalut.
  4. Sediakan periuk dan minyak yang banyak. Goreng ayam dalam minyak yang panas.

Sambal

  1. 4 sudu besar minyak masak panas bekas goreng ayam tadi.
  2. Tumbuk semua bahan kecuali minyak panas, dah siap tumbuk, masukkan minyak panas, dan gaul.
  3. Ayam goreng tadi lenyekkan dengan anak lesung. And lastly, sendukkan sambal ke atas ayam goreng lenyek. Siap.
  4. Boleh di makan bersama kobis dan petai.

Sumber: Zara Zulfa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Geprek

Bahan-bahan

 Perap Ayam

  • 4 bahagian whole leg ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau

 Salut Ayam

  • Tepung Bestari
  • 2/3 biji telor

Sambal Geprek

  • 15-20 biji cilipadi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat Ayam Geprek

  1. Bersihkan ayam dan perap selama 15 minit.
  2. Didalam bekas lain, masukkan tepung bestari
  3. Celupkan ayam dalam adunan telur, kemudian dalam adunan tepung dan goreng didalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan tos kan
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek sehingga beraroma kemudian angkat.
  5. Tumbuk kasar tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  6. Ayam geprek sedia untuk dinikmati bersama ulaman kegemaran nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Geprek Versi Che Nom

Bahan-bahan

  •  1ekor ayam potong 4

Sambal

  • 7bjj cili padi merah..agak pedas..kalau nk kurg guna sikit je..kepak2 atau hiris kasar.supaya x meletop semasa goreng nanti
  • 2bji cabai besar msk. Potong kasar jugk
  • 3bji bwg putih belah 2 je
  • 1bji bwflg merah. Belah 2 juga
  • 1bji tomato.belah 4.

Cara buat Ayam Geprek Versi Che Nom

Ayam

  1. Cuci bersih dan tos.
  2. Perah asam limau sikit dan lumur pada ayam selepzs ditoskan.
  3. Perap 10minit.
  4. Kemudian ambik tepung kfc atau tepung bistari lumur pada ayam.
  5. Sediakn air sejuk, tuang dalam mangkuk besar untuk rendam ayam selepas disalut tepung.
  6. Mula salut tepung.
  7. Kemudian rendam dalam air.
  8. Salut tepung kembali.
  9. Sedia untuk digoreng.
  10. Guna minyak yang banyak bagi tenggelam ayam sikit.
  11. Goreng hingga garing.

Sambal

  1. Semua bahan digoreng sekejap.
  2. Angkat toskan minyak.
  3. Kemudian ambil lesung batu, giling hingga lumat.
  4. Masuk 2sdm gula.
  5. Sedikit secukup rasa dan sedikit garam
  6. Gaul dan tuang 2sdb minyak bekas goreng tadi masuk dalam sambal, gaul rata.

Bahan lain 

  1. Timun
  2. Daun salad

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini.? Jangan lupa untuk cuba di rumah nanti.

Jemput juga baca resepi ayam percik dan juga ayam penyet yang ringkas.

Selamat mencuba!

Leave a Comment