4 Resepi Tauhu Sumbat (Sesuai Untuk Juadah Minum Petang)

Tiada idea untuk minum petang? Asyik goreng pisang sahaja, apa kata anda cuba resepi tauhu sumbat pula, confirm anak-anak suka. Dihidangkan pula dengan kuah kacang memang boleh membangkitkan selera.

Izinkan kami berkongsi resepi yang mudah ini.

1. Resepi Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Bahan-bahan

Tauhu sumbat

  • Tauhu basah
  • Timun
  • Sengkuang
  • Lobak merah
  • Taugeh

Kuah kacang

  • Kacang tanah disangai tanpa minyak kemudian di blend kasar
  • 2 biji bwg besar
  • 3 biji bwg putih
  • 2 inci halia
  • 3 btg serai
  • 15 biji cili kering  nak pedas, lebihkan)
  • Air asam jawa
  • Gula merah, gula nisan @ gula kabung
  • Garam, gula
  • Air
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Tauhu sumbat

  1. Tauhu digoreng sehingga masak kemudian dipotong segitiga.
  2. Tengah tauhu  dikelar untuk sumbat sayur.
  3. Timun, sengkuang, lobak merah di sagat @ di potong memanjang.
  4. Taugeh di buang ekornya kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangn celur terlalu lama, takut lembik.
  5. Bahan sayur boleh di sumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah.

Kuah kacang

  1.  Bawang besar, bawang putih, halia, serai & cili kering dipotong kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak dah garing, angkat & toskan.
  2. Masukkan bahan tadi dalam blender, kisar sehingga halus.
  3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan tadi kemudian tumis bahan yang di blend tadi sehingga masak & pecah minyak.
  4. Bila dah agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan beserta air asam jawa.
  5. Kemudian masukkan kacang tanah yang di blend kasar tadi. Kalau agak kering & pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing.
  6. Kemudian perasakan dengan garam & gula. Agak dah ok rasanya, boleh tutup api.
  7. Siap kuah kacang.

Sumber: Shah Shatry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Tauhu Sumbat Daging Bukan Begedil

Bahan-bahan

  • Tauhu
  • Daging cincang – 500g
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Bawang goreng – 40g
  • Lada putih – 2tbsp
  • Garam kasar – 1tbsp
  • Tepung ubi – 100g
  • Telur putih – 2 biji

Cara buat Tauhu Sumbat Daging Bukan Begedil

  • Kisar daging sampai betul-betul halus guna food processer, bila dah halus baru masukkan masukkan bawang putih, lada putih, garam kasar, bawang goreng, telur putih, ais & kisar lagi bagi sebati & jadi kental.
  • Bila dah sebati semua, keluarkan dan gaul dengan tepung ubi sedikit demi sedikit sampai agak-agak tak melekat pada tangan.
  • Kalau still lagi melekat-lekat boleh tambah lagi tepung ubi.
    *Kuantiti ais ikut kehalusan daging untuk jadikan kental.
    *Kalau takde food processer boleh kisar guna blender tapi jangan blend terus sekali banyak.

Cara nak sumbat

  1. Potong tauhu jadi segi tiga, belah tengah untuk keluarkan isi tauhu sikit dan sumbatkan daging tadi.
  2. Selepas itu boleh goreng.

Cara menggoreng

  1. Kacau telur, blackpepper & garam.
  2. Celup tauhu dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas & deep fry.
  3. Dah siap boleh la makan dengan sos cili ataupun kuah kicap

Sumber: Tyra Manan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tauhu Sumbat Mudah

Bahan-bahan

  • 6 biji tauhu yang sudah digoreng dan direbus
  • Sedikit timun (dihiris memanjang)
  • Taugeh (dicelur sebentar)
  • Sengkuang (dihiris memanjang)

Sos

  • 5 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam
  • gula secukup rasa (2 sudu besar)
  • 1 biji limau kasturi

Cara buat Tauhu Sumbat Mudah

  1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat.
  3. Campurkan air limau dan kacau rata.
  4. Taburkan bijan diatas

Penyediaan

  1. Belahkan bahagian tauhu yang hendak di masukkan sayuran.
  2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan bersama sos cili merah

Sumber: Sarah Liyana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Tauhu Sumbat Terbalik (Tauhu Bunga)

Bahan-bahan

  • 25 biji tauhu kering- potong X di atas tauhu dan terbalikkan, keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
  • 5 biji tauhu putih  (dilecek)
  • 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
  • 2 pokok daun sup
  • 1/2 batang carrot disagat panjang
  • 2 biji cili merah besar dihiris.
  • 3 biji telur
  • Serbuk perasa ayam,
  • Garam
  • Lada sulah
  • Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak

Cara buat Tauhu Sumbat Terbalik

  1. Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Sumbat dalam tauhu terbalik.
  3. Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
  4. Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng.
  5. Tauhu ni sedap garing dan rangup sangat kulit nya.
  6. Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.

Sumber: Noris Nora dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Nak lagi idea minum petang? Jom try resepi resepi popia sayur yang kami kongsikan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment