7 Resepi Mee Kari Sedap (Nyonya & Chinese Style)

Mee kari adalah salah satu juadah yang cukup popular yang dihidangkan apabila tetamu datang, mungkin kerana cara nak masak yang cukup mudah dan juga boleh kenyang sampai ke malam. Jom kami kongsi resepi mee kari yang sedap untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Kari

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk udang direbus. Asingkan isi dan kulit. Kulitnya diblend dan ambil airnya

Satukan: 

  • 8 sudu makan rempah kari daging
  • 3 sudu makan cili blend
  • Sedikit air

Kisar halus 

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 batang akar daun sup
  • 1 tangkai daun selasih
  • Ayam potong kecil
  • 1 peket mee
  • 3 tangkai daun kari
  • 500gm santan
  • Kacang panjang
  • Tauhu kering
  • Kerang
  • Fishball
  • Fishcake
  • Garam dan perasa secukup rasa

Cara nak buat mee kari

  1. Satukan ayam, rempah kari, bahan kisar dan 1 liter air. Renihkan.
  2. Masukkan santan, air udang dan daun kari.
  3. Bila ayam empuk masukkan kacang panjang.
  4. Bila sebati tambahkan fishball, fishcake, kerang, udang, garam juga perasa.
  5. Biarkan hingga mendidih dan naik minyak.
  6. Sementara tu celurkan mee sebentar.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Mee Kari Nyonya

Bahan-bahan

  • Setengah ekor ayam (potong kecil)
  • 5 biji bawang merah kecil (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 inci lengkuas (kisar)
  • 3 biji buah keras (kisar)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering (rendam seketika dan kisar)
  • 2 tangkai daun kari
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 8 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 keping asam keping
  • Santan secukupnya (3 cawan santan)
  • Garam
  • Gula (nisan)

Bahan sambal udang kering

  • 2 sudu besar udang kering rendam sekejap dan blender
  • 4 ulas bawang putih blender
  • 1 cawan cili kering blender
  • Garam
  • Gula (guna nisan warna sambal cantik)

Bahan-bahan lain mee kari

  • Sawi
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Mee kuning
  • Cili besar
  • Limau kasturi / nipis

Cara nak buat Mee Kari Nyonya

  1. Blender semua bahan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak yang mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  3. Tumis semua bahan kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari dan udang kering. Tumis shgga masak @ kekuningan.
  4. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap, masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air.
  5. Tumis rempah sampai betul garing dan naik minyak.
  6. Then masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Tumis sehingga air ayam keluar.
  7. Kemudian masukkan santan dan air.
  8. Biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing.
  9. Bila nampak kuah dah mula mendidih dan mula pekat boleh masukkan fishball, fishcakes dan tauhu pok. Kalau nak masukkan kerang pun boleh.
  10.  Dah masak semua, tutup api.

Bahan sambal udang kering

  • Panaskan minyak.
  • Tumis semua bahan blender sehingga benar masak dan garing. Kemudian masukkan gula serta garam.
  • Tumis sambal sampai betul naik minyak serta bertukar warna merah yang cantik.

Bahan-bahan lain mee kari

  1.  Celur mee, sawi dan taugeh seketika sahaja.
  2. Sedia dihidang.

Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Kari Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee – celur
  • 2 biji bwg besar – kisar
  • 3 ulas bwg putih – kisar
  • 2 biji bawang merah – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • l/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 mangkuk besar santan fresh
  • Tauhu kering
  • Fish cake / Fish Ball

Hiasan

  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Sambal
  • Limau Nipis.
  • Kacang Panjang celur

Sambal

  • Cili kering
  • 1 bj bawang besar
  • Garam/gula

Cara nak buat Mee Kari Chinese Style

Sambal

  1. Segengam cili kering kemudian rebus sekejap.
  2. Bila dah masak @ kembang blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.

Kuah kari 

  1. Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar, kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan.
  2. Masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam.
  4. Kacau sebati sehingga ayam separuh masak dan masukkan santan.
  5. Biar kuah mendidih. Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
  6. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball.
  7. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering dan dah siap.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Kari PKP 3.0

Bahan-bahan

  • 2 biji bwg besar dikisar
  • 4 biji bwg merah dikisar
  • 6 ulas bwg putih dikisar
  • Sedikit udang kering dikisar
  • Daun kari
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 inci halia
  • 4 sekawan
  • 5 sb rempah kari ayam
  • 3 sb serbuk lada
  • 2 kotak santan
  • Ayam, kerang, fishcake
  • 1 paket tauhu puff
  • Kiub ayam, garam,gula

Bahan mee dan hiasan

  • Mee kuning
  • Sawi dicelur
  • Taugeh dicelur
  • Cili hijau+cili merah
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

Cara nak buat Mee Kari PKP 3.0

  1. Tumis 4 sekawan bersama serai dan daun kari.
  2. Kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau, selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk lada ,tumis sampai pecah minyak.
  3. Bila rempah dah bau wangi masukkan ayam dan tambah air.
  4. Bila kuah dah mendidih masukkan kiub ayam, garam, tauhu puff, fishcake, kerang dan santan biarkan sekejap bagi kuah serap masuk.
  5. Bila dah serap elok, bole tutup api.
  6. Selamat mencuba.

Sumber: Nuryusra Ibrahim Kutty dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Mee Kari Mudah

Bahan-bahan

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 sekawan
  • 4 biji bawang besar*
  • 3 batang serai bahagian putih sahaja*
  • 1 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Rempah kari ikan
  • 1 kotak santan 200ml
  • 2 kiub daging
  • 3 keping asam keping
  • 5 sudu gula melaka
  • Udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake

Bahan-bahan lain

  • Mee (dicelur)
  • Bahan sampingan (cili merah, cili hijau, sawi dicelur, telur rebus, dan limau kasturi)

Cara buat kuah mee kari

  1. Kisar bahan bertanda * dan asingkan. Kisar pula cili kering dan udang kering.
  2. Panaskan minyak, dan tumis daun kari, 3 sekawan dan serai. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar, dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan cili kering yang telah dikisar tadi.
  4. Campurkan air pada rempah kari ikan, dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan garing.
  6. Masukkan gula melaka, kiub daging dan asam keping. Gaul sebati.
  7. Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake, masak sehingga kuah mendidih dan bahan mentah masak secukupnya.
  8. Perasakan dengan garam. Boleh tutup api.
  9. Sedia dihidang bersama bahan sampingan.

Tips:

Untuk bagi kuah pekat, rebus kentang dan lenyekkan, masukkan ke dalam kuah.

Sumber: Nur Kasih Fiezaimi Fiza dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Mee Kari Sedap

Bahan-bahan kuah mee kari

  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 4 sb rempah kari daging*
  • 1 senduk cili blend*
  • 1 sb rempah kari ikan*
  • 1/2 sb garam*
  • Sedikit perasa*
  • 3 tangkai daun kari*
  • 1 1/2 cawan air*
  • 1 biji kelapa (diperah bersama 4 cawan air untuk dijadikan santan)
  • Isi kerang, daging, ayam, bebola ikan, tauhu kering, kek ikan

Cara buat kuah mee kari

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Campurkan semua bahan bertanda * dan jadikan pes.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga agak garing. Masukkan pes dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan ayam. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan isi kerang dan bahan mentah lain, perasakan dan boleh tunggu sehingga masak.

Bahan-bahan lain

  • Mi kuning (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Cili besar dan cili padi (dipotong)
  • Bawang goreng
  • Telur rebus

Nota: Kalau guna daging, boleh masukkan daging dahulu setelah tumis rempah supaya daging empuk, kemudian baru masukkan santan.

Sumber: Hafizah Haron dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Mee Kari Sedap Berhantu

Resepi ini adalah untuk 10 hidangan. Anda boleh adjust mengikut citarasa anda.

Bahan-bahan kuah mee kari

  • 1/2 kg udang
  • 1/2 kg kerang
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3sb serbuk lada kering
  • 2 sb serbuk kari ikan
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1 batang kayu manis
  • 2 ketul bunga lawang
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1/2 kg santan
  • 1 kg fishball
  • 2 paket fishcake

Cara buat kuah mee kari

  1. Ambil 1/3 kerang dan udang kemudian gorengkan separuh garing. Kemudian kisar dan ketepikan.
  2. Kisar juga bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
  3. Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang yang sudah dikisar.
  4. Tumis sehingga garing.
  5. Masukkan serbuh lada kering, tumis lagi sehingga pecah minyak, masukkan serbuk kari ikan dan daging. Tumis lagi sehingga masak.
  6. Kemudian, masukkan kerang dan udang yang sudah dikisar. Masukkan air dalam 6 liter dan santan.
  7. Masukkan ayam, udang dan kerang.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam. Masukkan fishball dan fishcake. Tunggu sehingga masak.

Bahan-bahan lain

  • 1 kg taugeh (dicelur)
  • 1kg lobak (dipotong dan dicelur)
  • 1 biji kobis dipotong dan dicelur
  • 1/2 kg daun bawang dan daun sup (dipotong halus untuk hiasan)
  • Telur rebus
  • Lada besar merah (dipotong nipis)
  • Bawang goreng
  • Tauhu goreng dan dipotong dadu

Setelah kuah dimasak, boleh hidangkan mi dan bahan-bahan lain. Potong limau kasturi untuk diperah dan menambah rasa.

Sumber: Yatie Farid dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi mee kari sedap ini dapat memberi sedikit idea untuk anda apabila tetamu datang ke rumah.

Kalau suka mihun, jom cuba resepi bihun sup pula. Manakala jika suka mee, boleh cuba resepi mee goreng basah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment