4 Resepi Quinoa (Makanan Diet Untuk Kurus, Ganti Nasi)

Jika anda merancang untuk berdiet, apakata anda cuba amalkan makanan quinoa. Rasanya lebih kurang nasi tapi lebih berkhasiat dan sihat. Kepada yang sedang berdiet, kami kongsikan resepi qunioa yang sihat untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Quinoa Goreng

Bahan-bahan

  • 50g Red Quinoa
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 biji telur ayam omega
  • 1 sudu Olive Oil (untuk menumis)
  • Cili padi
  • Lada hitam
  • Garam

Cara buat Quinoa Goreng

  1. Masukkan olive oil dan tumis bawang.
  2. Masukkan telur, lada hitam dan garam.
  3. Masukkan cilipadi.
  4. Siap.

Sumber: Suzana Dina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Quinoa

Bahan-bahan

  • Quinoa
  • Olive oil
  • Brokoli
  • Salad
  • Kacang kuda
  • Almond
  • Kurma

Cara buat Quinoa

  1. Panaskan 2 sudu besar olive oil.
  2. Masukkan satu cawan quinoa (api sederhana).
  3. Kacau hingga ia bertukar warna perang dan bila dah bunyi pop pop, masukkan 2 cawan air.
  4. Tutup periuk, biarkan selama 10-15 minit.
  5. Selepas itu gaulkan dengan bahan yang anda inginkan, yang ini saya campurkan daun salad, brokoli, sayur campur, kacang kuda, almond, gajus dan kurma.

Sumber: Gee Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Quinoa Wraps Chicken Slice + Egg Mayo Salad Mission Brand

Bahan-bahan

  • Wrap quinoa brand mission
  • 2biji telur rebus
  • Lada sulah ajishio
  • Lada hitam secubit
  • Mayonis kewpie (pink)
  • Chicken slice (rebus)
  • Salad
  • Timun jepun
  • Tomato

Cara buat Quinoa Wraps Chicken Slice + Egg Mayo Salad Mission Brand

  1. Lenyek telur hingga hancur, masukkan lada sulah ajishio, lada hitam dan kewpie mayo.
  2. Gaul rata.
  3. Panaskan wrap anggaran 2min atas pan atau mocrowave.
  4. Susun salad, timun, tomato, chicken slice atas wrap dan letakkan telur hancur dan gulung wrap tersebut.
  5. Sedia utk dimakan.

Sumber: Suzazilah Bt Abdul Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Quinoa Burger

Bahan-bahan

  • Quinoa 1 pot beras putih
  • Isi ayam
  • Black pepper
  • Carrot
  • Bega cheese (jika ada)

Cara buat Quinoa Burger

  1. Quinoa basuh bersih dan kemudian rebus quinoa bersama sukatan air 2 pot beras tadi.
  2. Carrot potong dadu kecil kemudian rebus beras nasi tadi.
  3. Ayam blend hancur dan ketepikan.
  4. Jika bahan 1 dan 2 dah masak, tunggu suam sekejap kemudian campurkan dengan ayam yang dah blend tadi.
  5. Masukkan black pepper.
  6. Masukkan sedikit bega cheese (jika suka).
  7. Bila bahan dah sebati semua, boleh buat bentuk macam nugget.
  8. Lastly kukus sampai masak.
  9. Kalau nampak warna pucat sangat, nak crunchy sikit bolehlah  goreng sikit guna kuali non stick. Then siap.

Sumber: Siti Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Bagi yang terus berjuang untuk kurus dan diet, inginkan resepi sihat dan berkhasiat lagi? Jom baca resepi quaker oat pula.

Jangan lupa cuba!

Leave a Comment