4 Resepi Puding Buah (Rasa Manis dan Sejuk)

Anda tercari-cari idea resepi yang mudah untuk dijadikan sebagai punca pendapatan? Kalau tidak pun, hanya sekadar buat pencuci mulut sendiri pun boleh juga. Jom cuba resepi puding buah ini, cukup mudah nak buat dan pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Jom kita try!

1. Resepi Puding Buah-buahan Bersos Kastard

Bahan-bahan

Puding

  • Masak sepeket serbuk puding buahan2 bersama 700ml air
  • Masukkan 1 tin susu cair
  • Masukkan 3sudu besar tepung kastard
  • Masukkan 5 sudu gula perang

Sos kastard

  • Masak air 500ml dlm periuk
  • Masukkan 2 tin susu cair
  • Masukkan 1/2tin gula perang
  • Masukkan 2 sudu kecil garam
  • Masukkan 1 cawan tepung kastard

Cara buat Puding Buah-buahan Bersos Kastard

Puding

  1. Masak hingga semua sebati.
  2. Bila dah mendidih tuang dalam bekas, sejukkan sampai beku.

Sos kastard

  1. Kacau hingga sebati, mendidih, tutup api dan sejukkan.
  2. Ambil puding yang telah di bekukan susun buah-buahan samada buah tin atau buah-buahan segar.
  3. Kemudian tuangkan sos kustard. Siap
  4. Kalau tambah ais batu, makan time sejuk lagi sedap.

Sumber: Sharifah Nurul Shahida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Puding Buah Naga

Bahan-bahan

  • 1 biji buah naga
  • 800ml air
  • 2 tin susu cair
  • Secubit Garam (masukkan dalam susu cair untuk lebih rasa lemak)
  • 4 sudu Besar gula
  • 20gm agar-agar (guna agar-agar tali)

Cara buat Puding Buah Naga

  1. Panaskan air dan masukkan agar-agar. Tunggu sehingga semuanya larut.
  2. Kecilkan api, tuang susu cair yang dicampurkan gula . Tunggu sehingga bahan larut & mendidih.
  3. Masukkan buah naga yang telah dipotong dan kacau.
  4. Boleh masukkan ke dalam bekas yang kita suka, biarkan sejuk.
  5. Masukkan dalam peti ais, bila dah beku boleh lah dipotong dan dihidangkan, rasanya sedap manis dan lemak.

Sumber: Salini Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Puding Buah Peach

Bahan-bahan

  • 1 paket agar2 tali (37.5 gm)
  • 6 cwn air (termasuk air buah peach)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula (ikut suka)
  • 1 tin buah peach
  • 1/4 cawan sunquick (perisa campuran mangga)
  • 1 sdb tpg jagung (bancuh dgn sdikit air)
  • 1 pnutup esen vanila
  • Sedikit garam
  • Sdikit pewarna kuning
  • Buah ceri utk hiasan (suka hati)

Cara buat Puding Buah Peach

  1. Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur dan masukkan gula.
  2. Masukkan air buah peach, masukkan sunquick dan kacau sebati.
  3. Masukkan pewarna kuning, susu cair,  garam dan esen vanila, kacau masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi dan kacau.
  4. Guna api sederhana dah nmpak cantik padam kan api.
  5. Susun buah peach dalam loyang, tuang adunan agar-agar tadi.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Puding Cocktail

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar – 10gm
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin fruit cocktail – boleh tambah apa jenis buah yang sesuai

Cara buat Puding Cocktail

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastard, masukkan fruit cocktail.
  4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai, sejukkan dan hidangkan

Sumber: Marliza Ghazali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi ini, jangan lupa cuba dirumah, mana tahu boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan pula!

Nakkan resepi puding yang lain? Jom baca resepi puding karamel ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment