4 Resepi Churros (Rangup Bersama Sos Coklat)

Churros merupakan pastri yang berasal daripada Sepanyol dan Portugal, tapi telah menjadi salah satu snack yang popular di Malaysia. Rasa churros yang rangup dan lembut di dalam membuatkannya menjadi enak bila dimakan. Resepi churros ini juga boleh dimakan bersama dengan sos coklat, caramel dan pelbagai lagi.

Jom baca resepi yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Churros Rangup Luar Lembut Dalam

Bahan-bahan

  • 1 cawan air*
  • 1 sdb minyak masak*
  • 1 sdb gula*
  • 1/ 2 sdt garam*
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A

Cara buat Churros Rangup Luar Lembut Dalam

  1. Satukan bahan bertanda* dalam periuk masak hingga mendidih bila dah mendidih perlahankan api.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati tutup api masukkan telur kacau sebati kalau  masih berketul mixer sekejap bagi sebati.
  3. Panaskan minyak masak api sederhana masukkan adunan dalam piping bag guna acuan semperit atau noozle bintang.
  4. Pipekan adunan dalam minyak masak hingga kekuningan angkat dan toskan minyak.
  5. Boleh salut dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah bersama Nutella.

Sumber: Fatimah Az-Zahra Al-Batul dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Churros

Bahan-bahan

  • Air 2 1/2 cwn**
  • Butter/marjerin 2sb**
  • Gula 2sb**
  • Secubit garam**
  • Tepung gandum 2 cwn
  • Telur 2 biji
  • Esen vanila 1sk

Sos coklat

  • Marjerin/butter 2sb
  • Susu pekat 2sdb
  • Susu cair 2 sdb(optional)
  • Serbuk koko/coklat masakan

Cara buat Churros

  1. Didihkan ** dan kacau smpi gula larut.
  2. Selepas itu masukkan 2 cawan tepung gandum dan kacau laju sampai sebati.
  3. Tutup api biar dalam 5 minit masukkan 2 biji telur dan vanilla ke dalam adunan tadi mix guna mixer.
  4. Pipekan dalam minyak panas guna nozzle bunga boleh guna juga pipe kosong.

Sos coklat

  1. Kacau semua atas api kecil,
  2. Bila dah sebati, tutup api.

Sumber: Didie Nadiya Embok dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Churros Simple & Sedap

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 sudu planta
  • 2 sudu gula
  • 1 biji telur

Cara buat Churros Simple & Sedap

  1. Panaskan air hingga menggelagak. Masukkan planta & biarkan cair sepenuhnya.
  2. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sebati & tak berketul.
  3. Tutup api & masukkan sebiji telur & kacau lagi hingga sebati. Siap & goreng!
  4. Dah siap goreng tu boleh bedakkan sikit churros dengan gula ising.
  5. Nak cicah coklat pun boleh. Lagi sedap.

Sumber: Nur Hidayah Samsudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Churros Frozen

Bahan-bahan

  • 1 ketul butter belah 2 bahagian
  • 1000 ml air
  • Gula lebih kurang 2 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • 4 cawan tepung gandum
  • Boleh tambah 1 sudu kecil vanila

Cara buat Churros Frozen

  1. Bila mendidih kecilkan api yang paling kecil baru masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tidak melekat di periuk.
  2. Tutup api nak biar dalam periuk yang sama pun boleh atau letak bekas lain.
  3. Masa adunan panas pecahkan telur 4 biji (gred A) kacau adunan biar sebati dengan telur tak perlu guna mixer hanya guna senduk korang.
  4. Biar suam sekejap masuk dalam piping beg jenis cotton.
  5. Guna nozel yang sama buat cream puff.
  6. Dah siap boleh susuh dalam bekas jangan lupa lapik dengan plastik supaya tidak melekat dan senang nak ambil masa nak goreng nanti.
  7. Siap stok nanti jangan lupa simpan dalam fridge.

Sumber: Rohanis Katan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat churros sebenarnya. Perlukan ketelitian dalam membuat churros.

Minat dengan coklat? Jom semak resepi biskut coklat chip ini.

Leave a Comment