4 Resepi Air Katira (Asli dari Johor)

Air katira sentiasa popular di bazar ramadan Johor. Air katira juga kita hanya akan jumpa pada waktu puasa sahaja. Bahan untuk buat  resepi air katira juga agak susah untuk cari. Pelbagai jenis buah-buahan yang ada dalam air ini seperti getah anggur (katira), kismis, badam, anggur, biji selasih dan susu segar. Patut susah nak cari air ini.

Jom baca resepi air istimewa ini.

1. Resepi Air Katira Mudah

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup rasa
  •  Cincau
  • Biji selasih( rendam bagi kembang dulu)
  • Katira/getah anggur (rendam bagi kembang dulu)

Cara buat Air Katira Mudah

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna,gula, air secukupnya dan kacau. Setelah dikacau rata barulah masukkan cincau, biji selasih dan katira tadi.Siap!
  2. *Resepi ini untuk sebalang air katira
  3. *Resepi mudah ini dari ayah saya

Sumber: Elle Mira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Katira Simple & Sedap

Bahan-bahan

  • 1tin susu cair
  • 1tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup manis
  • Cincau
  • Biji selasih (rendam dengan air panas bagi kembang dulu)

Cara buat Air Katira Mudah

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula.
  2. Kacau dan masukkan cincau dan selasih siap!

Sumber: Mas Azuan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Air Katira Pembuka Selera

Bahan-bahan

  • Gula pasir
  • Gula batu
  • Pewarna Hijau
  • Perisa Pisang
  • Serbuk Badam
    Masak sampai mendidih tutup api

Bahan-bahan lain

  • Getah anggur – rendam semalaman (inilah katiranya klau tak de bukan air katira namanya)
  • Kembang semangkuk -rendam semalaman
  • Biji selasih-direndam
  • Kurma -dibuang biji dan dipotong dadu
  • Cincau-di potong halus
  • Kismis
  • Ais

Cara buat Air Katira Pembuka Selera

  1. Masukkan semua bahan ke dalam gelas dan masukkan ais .
  2. Tuangkan air yang di masak tadi siap.

Sumber: Hamida Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Air Katira Johor

Bahan-bahan

  • 410 gm susu cair
  • 500 ml ais krim soda
  • Getah anggur (katira)
  • Sagu 3 warna cendol cincau potong  gajus
  • Badam atau kacang tanah goreng buang kulit sedikit asam boi hirisan kurma cina buah semangkuk
  • Barli, buah kundur atau buah kabung, kismis, biji selasih secukupnya
  • Bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
  • Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)

Cara buat Air Katira Johor (versi 1)

  1. Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
  2. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

Air Katira Johor (versi 2)

Bahan-bahan

  • Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
  • Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
  • 1 cbsr biji kathira – direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
  • 10 butir kembang semangkuk – direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
  • Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
  • 1 sudu besar rata biji selasih – direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.
  • 1 tin susu cair (sejat)- ‘evaporated milk’ – (410 g)1 cawan sirap ( air gula )6 cawan air1 sudu teh air mawar

Cara buat Air Katira Johor (versi 2)

  1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih.
  2. Tuangkan sirap( air gula), air susu dan air mawar.
  3. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak perlu lagi dah nak tunggu waktu puasa kalau nak cari air katira, anda boleh buat sendiri.

Jom baca pula resepi air mangga penyejuk tekak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment