4 Resepi Daging Bakar Simple (Ala Danok Thai, Guna Air Fryer)

Anda peminat daging bakar? Kali ini kami ingin kongsikan resepi daging bakar dengan sos perapan yang cukup sedap. Paling best di makan bersama dengan sos pencicah yang anda boleh buat sendiri. Tak perlu makan bersama dengan nasi, makan daging bakar sahaja dah mengenyangkan.

Jom kita try!

1. Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Bahan-bahan

Bahan perap

  • 3 ulas bwg putih
  • 1sdt lada hitam
    (tumbuk hingga lumat/halus)
  • 4 sdb sos tiram
  • 3 sdb sos ikan
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb brown sugar
  • Garam secukup rasa

Bahan sos

  • 2 uls bwg putih
  • Cili padi
    (Tumbuk hingga lumat)
  • 2 sdb sos ikan
  • 2 sdb sos tiram
  • Brown sugar
  • Jus limau nipis

Cara buat Daging Bakar Harimau Menangis

Bahan perap

  1. Perap semalaman.
  2. Bakar dalam oven atau boleh bakar atas kuali.

Bahan sos

  1. Bawang putih dan cili padi di tumbuk lumat.
  2. Letak sos ikan, sos tiram, brown sugar dan jus limau nipis. Kacau sehingga sebati.
  3. Hirisan daun ketumbar & cili api

Sumber: Norul Azmah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Daging Bakar Ala Danok

Bahan-bahan

Sos pencicah daging bakar ala danok

  • Beras pulut 1 sdm sangai tumbuk kasar
  • Bwg putih 3 ulas tumbuk lumat
  • Akar daun ketumbar tumbuk lumat
  • Bawang merah 1 ulas hiris
  • Daun ketumbar hiris
  • Limau nipis 2 biji ambik jus
  • Sos tiram 1 sdm
  • Sos cili 1 sdm
  • Sos ikan 1 sdm
  • Gula thai atau brown sugar 2 sdm
  • Cili flakes 1 sdm

Bahan perapan daging

  • Daging 500g
  • Sos tiram 2 sdm
  • Sos ikan 2 sdm
  • Gula thai/atau gula merah 3 sdm
  • Lada hitam 1 sdt
  • Minyak masak 2 sdm

Cara buat Daging Bakar Ala Danok

Sos pencicah daging bakar ala danok

  1. Gaul semua bahan sampai sebati. Siap .

Bahan perapan daging

  1. Serbuk cukup rasa terpulang nak letak atau tidak.
  2. Masuk bekas perap semalaman dalam peti ais.
  3. Daging bakar sebijik rasa macam makan di Thailand.
  4. Selamat mencuba.

Sumber: Aiennurr Hasmaraini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Daging Bakar Air Fyer

Bahan-bahan

Daging bakar 

  • Daging 500g
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Sos cicah daging

  • Kicap sotong
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula
  • Serbuk cili
  • Bawang merah cincang halus
  • Beras goreng dan tumbuk
  • Daun ketumbar/daun sup
  • Minyak masak

Cara buat Daging Bakar Air Fyer

Daging bakar 

  1. Gaulkan semua ikut sesedap rasa dan perap.

Sos cicah daging

  1. Panaskan minyak masukkan serbuk cili dan masukkan air asam jawa, biarkan pecah minyak.
  2. Masukkan bawang merah masukkan kicap sotong dan gaulkan last masukkan garam gula secukup rasa tutup api.
  3. Perah asam limau dan taburkan beras goreng yang ditumbuk dan daun ketumbar siap.
  4. Suhu 160°c 30 minit alih tambah 10 minit.

Sumber: Anas Syauqi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Daging Bakar Sos Black Pepper

Bahan-bahan

Perapan daging

  • Sos tiram,
  • Sos cili, sos ikan,
  • Lada hitam tumbuk,
  • Gula melaka, gula perang,
  • Madu,
  • Garam, aji,
  • Minyak masak

Cara buat Daging Bakar Sos Black Pepper

Perapan daging

  1. Perap daging dengan bahan 1 semalaman.
  2. Bakar (bakar dalam oven)

Sos black pepper

  1. Bahan perapan daging bakar tadi.
  2. Masak dalam kuali, tambah air sedikit (sampai gelegak).
  3. Masuk gandum (kacau dengan air dahulu).
  4. Masuk garam dan siap.

Sumber: Khatijah Mamat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk mencuba resepi yang enak ini.

Jom semak pula resepi daging blackpepper dan daging harimau menangis pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment