4 Resepi Bubur Lambuk (Menu Popular Bulan Puasa)

Bila masuk bulan puasa sahaja juadah bubur lambuk antara  juadah yang wajib ada. Setiap resepi bubur lambuk ini berbeza megikut negeri. Bubur lambuk juga banyak di sedekah kan oleh orang masjid ketika bulan puasa.

Jom kami ingin kongsikan resepi enak ini.

1. Resepi Bubur Lambuk

Bahan-bahan

  • 2 mug beras (rendam dalam 20min)
  • Daging (1/2 kg campur yang berlemak)
  • Rempah sup (1 bungkus kecil)
  • Santan (250 ml)
  • Lada hitam 3 sb
  • Bwg merah 3 biji
  • Bwg putih 8 ulas
  • Halia 2 jari
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara buat Bubur Lambuk

  1. Blend bawang & halia tumis sehingga bawang agak garing.
  2. Masukkan rempah sup tumis sehingga rempah masak.
  3. Masukkan daging gaul sebati & masukkan beras.
  4. Goreng beras seketika masukkan air.
  5. Rebus beras sehingga nmpk lembut.
  6. Masukkan santan & garam.
  7. Lada hitam serbuk masukkan juga.
  8. Masukkan kentang & lobak merah.
  9. Bila sayur dah lembut tabur daun sup & bawang goreng.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bubur Lambuk Rice Cooker

Bahan-bahan

  •  1 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
  • Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
  • Perencah sup adabi 1 bungkus
  • Daun sup – dihiris kecil
  • 1 batang carrot – potong dadu
  •  1 biji ubi kentang – potong dadu
  •  4 ulas bawang putih
  •  5 ulas bawang merah
  • 2 inch halia
  •  1/2 sk serbuk lada hitam
  •  100 ml santan
  •  2 liter air
  •  Bawang goreng
  •  Gula dan garam

Cara buat Bubur Lambuk Rice Cooker

  1. Blend halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
  4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
  5. Masukkan beras dan kacau rata.
  6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan air, ubi kentang dan carrot.
  8. Masak sehingga beras kembang.
  9. Bila beras dah kembang masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
  10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

Sumber: Nur Haziqah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Lambuk Noxxa Terlajak Sedap

Bahan-bahan

  • 4 cup beras (cup noxxa)
  • 24 cup air (1pot beras = 6 pot air)
  • Ayam atau daging ikut selera nak banyak mana (lebih kurang 300gm)
  • 1 labu bawang putih (di hiris/mayang)
  • 3 biji bawang merah besar (di hiris/mayang)
  • 3 inci halia (di hiris/mayang)
  • 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, lawang)
  • 1 sudu besar jintan manis serbuk
  • 1 sudu besar jintan putih serbuk
  • 1 sudu besar lada hitam kasar yang dah blend
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 1 batang carrot (potong dadu)
  • 2 helai daun pandan jika nak letak
  • 1 kotak santan pekat = 200ml = 1 cawan
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara buat Bubur Lambuk Noxxa Terlajak Sedap

  1. Panaskan minyak guna mode ‘stir fry’.
  2. Dah panas masukkan 4 sekawan dan jintan-jintan.
  3. Selepas naik bau masukkan, daun pandan, halia, serai, bawang besar, bawang putih, ayam/daging, rempah sup, kiub pati ayam.
  4. Kacau sebati dan masak sehingga bawang layu sedikit.
  5. Off stir fry.
  6. Masukkan beras dan air. Perasakan dengan garam. Tutup periuk.
  7. Set tombol ke HP 45 minit.
  8. Dah siap 45 minit. Biarkan selama 10 minit.
  9. Lepas tu baru lepaskan stim.
  10. Buka tudung periuk.
  11. Masukkan santan. Kacau bagi bubur sebati dengan santan.
  12. Tabur daun bawang dan daun sup, bawang goreng. Siap.

Sumber: Aida Bani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan

  • Beras
  • Santan
  • Rempah lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Budu
  • Isi ikan layang
  • Daun kayu (pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kesum, dan pucuk ubi)

Cara buat Bubur Lambuk Terengganu

  1. Rebus beras sampai empuk.
  2. Setelah empuk masuk santan.
  3. Masuk rempah lada hitam,bawang merah,bawang putih (kisar)
  4. Masukkan budu ikut suka banyak mana.
  5. Masukkan isi ikan layang ikut byk suka banyak mana.
  6. Letak perasa.
  7. Daun kayu (pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kesum, pucuk ubi)
  8. Kacau dan siap.

Sumber: Zima Danish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sekarang tak perlu tunggu bulan puasa untuk menikmati resepi ini, boleh buat sendiri di rumah.

Jom baca pula resepi bubur gandum .

Selamat mencuba!

Leave a Comment