4 Resepi Bubur Gandum (Sesuai Untuk Minum Petang)

Anda dah bosan dengan menu minum petang yang sama sahaja? Apakata anda cuba resepi bubur gandum ini untuk menu minum petang anda. Bukan anda sahaja yang akan suka, malah anak-anak pasti suka. Bubur gandum ini mempunyai pelbagai versi yang anda boleh cuba dirumah.

Jom kami kongsikan resepi ini untuk anda.

1. Resepi  Bubur Gandum

Bahan-bahan

Tepung

  • 3 cwn tepung gandum
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam halus

Kuah

  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 3 keping nisang/gula melaka
  • 3-4 sd bsr gula pasir @ secukup rasa
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 helai daun pandan-di simpul

Cara buat bubur gandum

  1. Tepung, satukan semua bahan-bahan tepung. Kacau rata.
  2. Didihkan air. Tekan bancuhan tepung di atas acuan berlubang dgn senduk ke dalam air. Kacau supaya tidak melekat. Bila sudah timbul, angkat dan toskan.
  3. Rendam di dalam air supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  4. Kuah, satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Kacau sentiasa hingga mendidih dan gula larut. Masukkan tepung yang telah di masak tadi. Kacau rata dan tutup api.

Sumber: Nor Al Fatihah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Bubur Gandum Jejeh

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • Air
  • 1 keping gula kabung
  • 2 senduk kecil gula putih
  • Sehelai daun pandan
  • Santan RM 2
  • Sedikit air

Cara buat bubur gandum jejeh

  1. Didihkan air rebusan dalam periuk atau kuali.
  2. Gunakan senduk yang berlubang untuk acuan bubur.
  3. Masukkan adunan dalam senduk tadi dan lenyekkan biar adunan masuk dalam air rebusan. Buat sampai habis kemudian basuh dengsn air dan toskan.
  4. Masukkan bubur dalam periuk letak gula kabung, gula putih, daun pandan dan sedikit air.
  5. Bila dah mendidih baru masukkan santan. Tambah air lagi supaya bubur tidak pekat. Biar bubur betul masak baru tutup api.

Sumber: Mazidah Majid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Bubur Gandum Jagung

Bahan-bahan

  • 1 pct terigu (gandum)
  • 2 cwn jagung manis
  • 1/2 cwn sagu mata ikan (rendam sekejap bagi kembang)
  • 1 tin susu cair
  • Gula anaw @ gula melaka @ gula merah (masak dulu dengan sedikit air)
  • Daun pandan 3 helai
  • Secubit garam
  • Santan pekat secukupnya
  • Air bertapis (coway @ beyond water @ mineral)
  • Gula perang @ gula pasir

Cara buat bubur gandum jagung

  1. Rebus terigu @ gandum dengan air mineral terlebih dahulu sehingga kembang sedikit.
  2. Masukkan jagung dan sagu mata ikan dan daun pandan. Jangan bagi kering dan tambah air.
  3. Masukkan santan dan secubit garam.
  4. Masukkan air gula merah tadi (tapis dulu) rasakan manisnya.
  5. Suka manis boleh tambah gula perang @ gula putih.
  6. Masukkan susu cair 1 tin.
  7. Bubur jangan terlampau cair atau terlampau pekat. Biar sedang-sedang sahaja.
  8. Dah siap boleh dihidangkan.
  9. Sedap juga dimakan ketika sejuk.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bubur Gandum (Jeput Tohok)

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Sedikit air kapur
  • Air
  • Santan pekat
  • Garam
  • Gula nisan (Gula merah)
  • Santan cair

Cara buat jeput tohok

  1.  Adunkan tepung gandum, sedikit iar kapur dan air. Jangan keras sangat jangan lembik sangat agak-agak adunan melekat pada tangan.
  2. Santan pekat di tambah sedikit air panas letak sedikit garam (untuk di letak semasa hendak makan bubur).
  3. Untuk kuah, santan gula nisan (atau gula merah) sedikit garam dan daun pandan.
  4. Masukkan santan cair dalam periuk, letak nisan gula, masak sampai gelegak, cubitkan adunan tepung tadi buat sampai habis (adunan melekat pada tangan kerap basuh tangan @ celup tangan dalam bekas yang ada air).
  5. Masukkan santan pekat (guna api slow), daun pandan, sedikit garam dan kacau sehingga gelegak dan siap.
  6. Bila nak makan masukkan sedikit santan mentah tadi.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk mencuba resepi ini di rumahya.

Nak kan lagi resepi untuk minum petang? Jom baca Resepi Pengat Ubi Kayu yang kami sediakan untuk anda.

Leave a Comment